Santai Kesan Rumah Hijau - Apa peranan korang?

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara. Kesan rumah hijau berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.

Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Kesan rumah hijau mengakibatkan :

a) Kenaikan paras laut

-Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh.

-Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untik pertanian.

b) Perubahan iklim

-Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.

-Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.

-Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c) Kesihatan manusia terganggu

-Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'.

-Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.


d) Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu

-Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.

-Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

-Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadang kala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.

kalau nak cari siapa yang salah banyak pulak jari2 untuk dituding, so baik fikir sejenak, apakah peranan korang untuk sekurang-kurangnya tidak menyebabkan sumbangan kepada rumah hijau nih...:)
 
Last edited:
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tanam la pokok buahan..selain sedut gas karbon dioksida..kita dapat rasa buah skali
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
tanam la pokok buahan..selain sedut gas karbon dioksida..kita dapat rasa buah skali
satu cara yang biasa orang2 yang ada halaman lakukan....

orang yang tinggal kat flat, bole la try hydroponik....:p

p/s : tau pokok pe yang leh kuar kan oksigen yg bnyk x....?:-?
 

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
putrajaya tu contoh rumah isau, ngan kl....huh... asik nak bina banggunan je...huhu
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..tmn x guna kete dgn Motor..tmn x guna gas semasa memasak da..
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
ni semua kena bermula dari pemimpin...baru boleh jadi...kalo kita saja buat, x mau jalan jugak
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
putrajaya tu contoh rumah isau, ngan kl....huh... asik nak bina banggunan je...huhu
pada saya, banggunan itu perlu dibini....:">:">:">

cuma perlu didirikan tanpa merosakkan ekosistem....:">:">
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Salam..tmn x guna kete dgn Motor..tmn x guna gas semasa memasak da..
bagus nih....:">:">:">

ada inisiatif untuk menyumbang kesan rumah hijau.....:)paid

so, tuan guna apa sebagai transpot....?

masak guna elektrik eh....?
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
ni semua kena bermula dari pemimpin...baru boleh jadi...kalo kita saja buat, x mau jalan jugak
tidak mengapa....:">:">:">

biar golongan pemimpin jer yang menyumbang kesan rumah hijau nih....:">:">:">

rasanya golongan bahawan macam saya nih lebih ramai berbanding pemimpin....:">:">:">

disitu saya yakin, jika kita mikili 'majoriti', maka 'manoriti' itu bagaikan sampah....:D
 

iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,594
Reaction score
37
Points
80
pakai keta hybrid
 
Sponsored Post
Top
Log in Register