Kesal guru diwajib hadir

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Kok Seong menunjukkan surat daripada Jabatan Pelajaran yang mengarahkan guru-guru SJKC di negeri ini hadir perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri di Johor Bahru, Selasa ini.


SEREMBAN – Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong kesal berikutan hampir 400 guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini diwajibkan menghadiri perjumpaan khas dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Johor Bahru pada Selasa ini.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada beberapa guru yang memaklumkan mereka ‘diwajibkan’ hadir pada perjumpaan khas itu di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru.

“Selepas parlimen bubar, kerajaan sekarang adalah kerajaan sementara sahaja tetapi mengapa Muhyiddin sanggup mewajibkan guru-guru turun Johor Bahru yang amat jauh untuk bertemunya.

“Cuba bayangkan bukan guru-guru di Negeri Sembilan sahaja diwajibkan hadir, saya menjangkakan seramai 4,000 guru di seluruh negara dijemput hadir perjumpaan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau khuatir perjumpaan tersebut akan menjejaskan pembelajaran murid-murid berikutan waktu persekolahan.

“Hari tersebut merupakan hari bekerja dan ia akan menjejaskan pelajaran murid-murid sekolah apabila guru diminta menghadiri perjumpaan tersebut.

“Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menggunakan Jabatan Pelajaran untuk memaksa guru-guru hadir perjumpaan tersebut yang sebenarnya hanyalah ceramah BN sahaja.

“Jabatan Pelajaran telah dijadikan alat untuk BN berkempen. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan BN memperalatkan Jabatan Pelajaran,” katanya.

Kok Seong berkata, pihaknya berharap Timbalan Perdana Menteri dapat memberi penjelasan secara terbuka tujuan apa perjumpaan itu dilakukan.

“Saya melihat perjumpaan ini adalah untuk BN berkempen menarik undi golongan guru-guru pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13),” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/kesal-guru-diwajib-hadir-1.150101
 
Last edited:
Sponsored Post

hurairah01

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jun 12, 2008
Messages
8,979
Reaction score
21
Points
65
Aik ... Ari Selasa ni cuti ke.
 

ucop05

Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
2,262
Reaction score
79
Points
30
pegi je la. tak pergi nanti ada pulak implikasi yg tak elok pulak.
 

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
sebagai k/tgn awam ni, biasa la....tu la...patut progm parti diasingkan tapi ni disekalikan....haaaaaaa
 

liverpool

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
9,679
Reaction score
260
Points
91
pergi jela pastu claim..pastu budak2 jd ngok kasi salah BN la
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,334
Reaction score
2,175
Points
206
biasala tu.
program2 untuk propaganda dalam media.
 

emasmoden

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2007
Messages
7,373
Reaction score
23
Points
65
alaaa nak meramaikan majlis, kang bangku kosong org sindir pulak.
jum jum..nasi lemak dn teh o suam disediakan.
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,010
Reaction score
208
Points
133
pergi, bawa phone, main game...
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
datang dari jauh semata2 nak kena dengar ceramah BN....buang masa betul.
 

Kak Jue

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2011
Messages
566
Reaction score
4
Points
15
sepatut nya dia dah xde kuasa lg untk mengarahkan guru2 hadir diperjumpaan itu,inilah yg dikatakan salah guna kuasa,rakyat harus menentang nya habis2 an...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register