kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,281
- Points
- 196
1 Julai 2018
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menang jawatan Presiden UMNO semalam, bakal dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok, berhubung tuduhan menyalahguna dana sebuah yayasan untuk kepentingan peribadi.
Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pentadbiran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, juga akan diminta memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa menderma wang kepada Datuk Seri Najib Razak.
The Star melaporkan Zahid adalah pengerusi sebuah yayasan yang didaftarkan pada 1997 dan memainkan peranan menerima dan mengurus dana bagi membasmi kemiskinan.
Memetik sumber, laporan itu menyatakan Zahid akan diminta memberi penjelasan berhubung tuduhan dana yayasan itu digunakan untuk membayar kredit kad milik beliau dan isterinya berjumlah RM800,000.
“Kami ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang kebenaran terhadap tuduhan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menggunakan dana yayasan untuk kegunaan peribadi,” kata sumber itu.
Difahamkan, SPRM memperoleh beberapa dokumen menunjukkan transaksi bayaran kepada beliau dan isterinya. Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi. Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.
Pada 22 Ogos 2015, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, Zahid berkata, beliau bertemu keluarga Arab Saudi yang menderma AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Tanpa menamakan keluarga terbabit, Zahid berkata, keluarga berkenaan memberi derma itu kerana Malaysia komited untuk memerangi keganasan dan menjadi negara Islam sederhana dengan masyarakat majmuk.

Zahid hadapi 35 tuduhan babitkan RM7 juta
PETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan sekurang-kurangnya 35 pertuduhan berjumlah RM7 juta di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang pengubahan wang haram serta rasuah, kata sumber.
Beberapa kesalahan yang melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 itu, didakwa dilakukan antara 2014 hingga 2017.
Sumber berkata, jika kesalahan itu dilakukan sebelum September 2014, Zahid mungkin berdepan denda sehingga RM5 juta, penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika kesalahan itu dilakukan selepas September 2014, beliau berdepan penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada jumlah hasil aktiviti menyalahi undang-undang, mana yang lebih tinggi.
Bekas timbalan perdana menteri itu turut berdepan pertuduhan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, di mana pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga akan berdepan pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Zahid yang ditahan petang tadi, selepas dipanggil SPRM buat kali ke-6, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
- FMT
Kronologi siasatan SPRM terhadap Ahmad Zahid
Last edited: