BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Wanita Di Syaki Di Bunuh Di Hotel, Dua Warga Asing Di Tahan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
01.01.2025 - Dua lelaki warga asing ditahan berhubung kes kematian seorang wanita dipercayai dibunuh di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 3 pagi tadi di sekitar kawasan Bukit Puchong. Beliau berkata suspek direman enam hari hingga 6 Jan ini bagi membantu siasatan.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan berkenaan penemuan seorang wanita dipercayai warga asing, berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah disyaki telah dibunuh di hotel tersebut. Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kanan ASP Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-8074 2222.
1735720364461.png
 
Sponsored Post

Wanita Indonesia ditemui mati dalam hotel bajet di Puchong, 2 lelaki warga asing ditahan


Pekerja hotel bajet dikejutkan dengan penemuan wanita warga Indonesia ditemui mati di sebuah hotel bajet di Bandar Kinrara, Puchong pada Selasa. — Gambar Hiasan
SEORANG wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah hotel bajet di Taman Mawar dekat Puchong, Selangor pada Selasa.

Difahamkan, mayat mangsa dipercayai ditemui oleh pihak hotel yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis kira-kira 9 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.


"Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan pekerja hotel kira-kira pukul 9 malam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

"Susulan itu, polis menahan dua lelaki warga asing kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau lagi, mangsa yang juga dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel terbabit.

"Hasil siasatan, polis menahan dua lelaki warga asing, kedua-duanya berusia 39 tahun di Bukit Puchong, pukul 3 pagi Rabu.

"Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan serta hubungan mangsa dengan kedua-dua suspek.

"Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 6 Januari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Anbalagan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, Anbalagan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-80742222. — Majoriti
 
mngsa wanita indo disebut...yg kena tangkap takde pulak org mana disebut...berita2 mcm nie memang mcm sampah laa pemberita...telo kena pegang nie/miss v kena ramas...geram lak aku..

Kat tajuk tulis 2 warga asing ditangkap...
 
Polis Tahan Warga Bangladesh Di Syaki Bunuh Wanita Di Hotel

04.01.2025 - Seorang buruh binaan warga Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lalu. Ketua Polis Serdang A A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan.

Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...rga-bangladesh-disyaki-bunuh-wanita-di-hotel/
 
6325553269077820489_121.jpg


Cemburu punca wanita dibunuh di hotel bajet

Kuala Lumpur: Cemburu dikenal pasti motif pembunuhan wanita yang mayatnya ditemui dalam bilik hotel bajet di Taman Mawar, Puchong di sini, 31 Disember lalu.

Motif pembunuhan itu dikenal pasti susulan tangkapan ke atas suspek utama iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 23 tahun, semalam.

Tangkapan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Selangor pada 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di Presint 20, Putrajaya dan merupakan kenalan mangsa.

"Dalam soal siasat, suspek mengaku membunuh wanita itu kerana cemburu.

"Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai warga Indonesia berusia 39 tahun.

"Ketika kejadian, mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik hotel pada 10.15 malam, 31 Disember lalu," katanya.

Susulan itu, katanya, dua lelaki warga asing berusia 39 tahun ditahan di Bukit Puchong pada 3 pagi Rabu lalu.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register