Kes tuntutan ganti rugi putus tunang hampir RM1 juta selesai

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM 1 Feb. - Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta yang difailkan seorang pengarah syarikat terhadap bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selesai setelah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik berdasarkan terma-terma yang dipersetujui.

Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 54, memberitahu mahkamah terma-terma yang dipersetujui oleh anak guamnya dan defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, termasuklah, anak guamnya bersetuju menerima RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan terhadap tuntutan itu.

"Wang itu akan dibayar kepada Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari daripada tempoh pembeli hartanah sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya, dan/atau peguam wang pertaruhan pembeli hartanah itu membayar baki jualan hartanah itu kepada defendan.

"Plaintif (Mohamad Fahizul) akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah itu dalam tempoh tiga hari selepas perintah meterai mahkamah diperolehi dan kedua-dua pihak, termasuklah wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada menganggu antara satu sama lain dan keluarga serta rakan masing-masing selepas ini,” katanya.

Azmi berkata, kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes hadanah (penjagaan anak) di antara Nor Daliya dengan bekas suaminya dan mana-mana pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah boleh diambil tindakan menghina mahkamah. - Bernama
 
Sponsored Post

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
kan senang settle cara baik...
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
trus jd stgh jutawan
 

3keris

Active Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
1,024
Reaction score
3
Points
25
gila la dia org ni,, mata duitan,,,
berpada-pada la nak tuntut pun,, ikut hukum dah lerr,, jangan la sampai duit bawang cabai pun nak claim..:eek:
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
waa....rumah tu si lelaki bg kat yg pompuan...dn yg pompuan siap jual tu rumah tu...ekekeke....tu yg nak kena tggu pembeli bayar rumah tu baru dia leh serah 600k tu.....giler...mata duitan betol pompuan tu
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
sikit2 sama satu juta..sikit2 saman satu juta..ramai nk jadi jutawan segera skrg ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register