BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes tembak sampai mati di kedai makan di Johor Bahru

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,817
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,817
Reaction score
1,390
Points
201




6336888791578560226_121.jpg

6336888791578560225_121.jpg





4 kesan tembakan pada badan mangsa

Johor Bahru: Polis Johor akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi kes bunuh melibatkan kejadian tembakan di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, di sini, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan bertujuan menyiasat dan mengenal pasti individu yang terlibat.

Beliau berkata, punca kematian dan motif kejadian yang membabitkan mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun itu juga masih dalam siasatan.

"Siasatan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, pihak polis turut menasihatkan masyarakat tidak panik, selain memberi jaminan bahawa insiden yang berlaku adalah kes terpencil yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan serta ancaman kepada negeri Johor.


Artikel ➡️ BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register