Kes samun di klinik terpencil: Polis

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang untuk ke mana-mana klinik kerana kes samun membabitkan pelanggan klinik adalah terpencil.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata demikian selepas satu kes samun membabitkan empat lelaki tempatan di sebuah klinik di Ampang Jaya awal Disember lalu ketika orang ramai sedang berurusan untuk rawatan kesihatan mereka.

Empat lelaki yang tidak bertopeng itu menyerbu klinik itu selepas ada di antara mereka berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dan kemudian secara tiba-tiba mengeluarkan parang dan senjata lain bagi menyamun mangsa.

Mangsa terdiri daripada doktor, jururawat dan beberapa orang pelanggan yang kerugian kesemuanya dianggarkan sebanyak RM4,000. Namun tiada di antara mereka yang dicederakan.

Omar berkata, gambar empat lelaki itu yang diperoleh daripada rakaman CCTV sudah diedarkan dan polis yakin dapat memberkas kesemua suspek yang masih berada dalam negara dan telah bergiat aktif sejak tahun lalu yang turut menjadikan sebuah syarikat penghantaran kurier sebagai mangsa mereka. - Bernama
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
isu terpencil?ok la kan..aku leh terima..mcm mana lak dgn kegiatan pelacuran?kegiatan rumah urut?kegiatan dadah?isu tu kan besar..tp kenapa masih tiada sebarang pencegahan?ikan bilis jek kena..ikan paus bila lagi?
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,535
Reaction score
66
Points
130
terpencil? nak tunggu kena tetak ramai2 ka baru tak terpencil? uhuhu..mcam2 la...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register