Kes saman cuai terhadap Amy Search ditangguh 11 Mac

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman cuai seorang kanak-kanak yang melecur terkena tom yam panas terhadap penyanyi Amy Search di Mahkamah Sesyen di sini, ditangguhkan ke 11 Mac ini.

Peguam Shahrul Azim Azmi, yang mewakili penyanyi itu memberitahu pemberita di luar mahkamah, bahawa perbicaraan hari ini ditangguhkan kerana Hakim Sabariah Othman yang sepatutnya mendengar kes itu sedang menghadiri seminar di Melaka.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Muhammad Zakwan, 4 tahun, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju, cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan.

Pada 30 Januari tahun lalu, Hakim Sabariah membenarkan permohonan Amy untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif. Bagaimanapun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Tinggi 26 Oktober lalu yang kemudian mengarahkan supaya kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen. - Bernama
 
Sponsored Post

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,477
Reaction score
410
Points
136
pekerja tu bukan sengaja nak simbah tom yam kat bdk tu...sebab tu dinamakan tertumpah...boleh buat berbincang ni...x perlu saman2...
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
pekerja tu bukan sengaja nak simbah tom yam kat bdk tu...sebab tu dinamakan tertumpah...boleh buat berbincang ni...x perlu saman2...
nama pn artis.. amik kesempatan la tu kot..:-?:-?
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
Ish... org tak sengaja pun jadi hal... gila duit betul...
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
hohoh.. tak pasal2 amy yang kena.. >:) >:) >:)
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
undang undang adalah kepunyaan orang kaya

undang undang sengaja dibuat rumit supaya orang tidak memahaminya supaya mudah orang awam tertipu

jika wujud sesuatu kes sebelum yang menuduh atau tertuduh menang maka lawyer yang akan menang dahulu

bapak budakni lawyer tu sebab dia saman terus jer..........

cuba kena kita laratker nak upah lawyer untuk saman menyaman dalam kes mcm ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register