Kes remaja dirogol tahanan lokap: 2 anggota polis digantung kerja serta-merta

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,210
Reaction score
4,421
Points
601

KUCHING: Dua anggota polis yang bertugas ketika insiden seorang remaja perempuan didakwa dirogol oleh seorang tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri, 9 Januari lalu, sudah digantung kerja serta-merta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata kedua-dua anggota terbabit digantung kerja sementara siasatan rapi dijalankan berhubung punca kejadian didakwa itu.

"Saya tidak boleh memberi maklumat lanjut sehinggalah siasatan selesai dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Namun, beliau berkata, tahanan lelaki itu sudah didakwa atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan kes akan disebut semula di Mahkamah Miri pada 9 Februari depan.

Dalam laporan polis, semalam, remaja perempuan berusia 16 tahun itu mendakwa ditahan sepasukan anggota polis di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan laut di Miri, 8 Januari lalu, kerana disyaki terbabit aktiviti perjudian haram.

Dia kemudian ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri selama satu malam bagi membantu siasatan.

Remaja itu mendakwa, dia satu-satunya wanita ditahan di lokap berkenaan dan diletakkan dalam sel berasingan dengan 12 lagi tahanan lelaki.

Bagaimanapun, dia mendakwa, sel yang menempatkan 12 tahanan lelaki itu tidak berkunci.

Remaja itu mendakwa, antara jam 4 hingga 5 pagi, seorang tahanan lelaki dikatakan memiliki kunci lokap tahanan wanita, membuka pintu sel itu dan membawanya ke tandas balai polis sebelum merogolnya.

 
Last edited:
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,475
Reaction score
373
Points
46
Remaja itu mendakwa, antara jam 4 hingga 5 pagi, seorang tahanan lelaki dikatakan memiliki kunci lokap tahanan wanita, membuka pintu sel itu dan membawanya ke tandas balai polis sebelum merogolnya.
tandas balai ke tandas lokap ..lau tandas balai, mmg parah..boleh keluar masuk lokap..
camne OKT tu ada kunci sel lain? jenis anggota malas nk bukak tutup sel time makan ke..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,845
Reaction score
588
Points
121
IGP pun malas nak peduli dah kes2 macam ni.
Banyak lagi kes salah laku yang lebih besar dalam pasukan tak pernah diambil tindakan.
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,475
Reaction score
373
Points
46
wanita tu report di tandas balai..
tandas biasanya di luar lokap..takkan takde anggota yg jaga lokap, boleh lak OKT keluar masuk lokap ( bukan sel )..setiap lokap wajib ada sorg jaga..
lagi satu, kena rogol takkan tak menjerit?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
mmg pengalaman ngeri dirogol dlm keadaan seperti ni
anyway dirogol dlm keadaan mcm mcmana pun mmg satu kengerian

nauzubillah minta dijauhkan dari ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
FMT Reporters
-
January 17, 2021 12:37 PM

IPP-Polis-Bukit-Aman-Bernama-301220.jpg

Kasthuri Patto berkata, Bukit Aman atau polis negeri tidak boleh menjalankan siasatan yang adil dan bebas susulan ketiadaan CCTV seperti dijanjikan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen menggesa tindakan segera diambil dalam kes seorang gadis berusia 16 tahun didakwa diperkosa oleh seorang tahanan lain ketika ditahan di lokap polis di Miri pada 9 Jan lepas.

Ahli Parlimen (Batu Kawan-DAP) Kasthuri Patto berkata, beliau tergamam apabila membaca laporan mengenai kejadian tersebut, sekali gus menyebut bahawa adalah satu kesalahan bagi polis yang bertugas ketika itu menahan remaja bawah umur di dalam lokap bersama tahanan lain.

” Di kala bilangan kes positif Covid-19 melambung tinggi sehingga mencecah angka melebihi 4000 kes sehari, insiden jenayah seksual lebih cenderung terlepas pandang akibat fokus masyarakat sejagat terhadap kewujudan kluster baharu, komuniti yang dijangkiti dan bilakah vaksin Covid-19 akan sampai ke negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun, menyambut baik jaminan ketua polis Sarawak untuk menggantung kedua-dua anggota polis yang bertugas dan berjanji untuk melakukan siasatan mendalam mengenai kejadian itu.


Kes tersebut, yang ditimbulkan oleh Senator DAP Alan Ling, didakwa berlaku pada 9 Jan antara jam 4 pagi dan 5 pagi, sehari selepas remaja itu ditahan dalam satu serbuan judi.

Kasthuri-Patto-Mugsghot-170919.jpg
Kasthuri Patto.
Kasthuri berkata, polis semestinya tahu bahawa SOP mereka tidak membenarkan kanak-kanak ditahan dalam lokap polis.
” Kedua, bagaimana suspek yang juga dalam tahanan lokap dalam balai polis yang sama memperoleh akses kepada mangsa kanak-kanak ini?
“Tidakkah anggota polis yang bertugas di balai tersebut perasan bahawa seorang tahanan tiada dalam lokap?

“Tidakkah mereka mendengar apa-apa bunyi yang mencurigakan dari lokap mereka? Adakah balai polis ini dilengkapi dengan kamera litar tutup CCTV sepertiyang dilaung-laungkan sebelum ini bahawa semua lokap di seluruh negara akan mempunyai CCTV yang berfungsi?,”soalnya.

Kasthuri berkata, mustahil bagi Bukit Aman atau pihak polis negeri untuk menjalankan siasatan yang adil dan bebas tanpa adanya CCTV seperti dijanjikan.
Beliau berkata, perkara paling menakutkan yang boleh berlaku semasa pandemik ialah apabila golongan rentan, terutama kanak-kanak dan wanita dicabul oleh pihak yang sepatutnya melindungi mereka.

Kasthuri berkata, pemerkosaan kanak-kanak bawah umur yang berada dalam lokap polis sepatutnya menggegarkan negara.
“Kejadian ini membuktikan betapa penting wujudnya Suruhanjaya Bebas Tingkah Laku Polis (IPCC),” katanya, selain menambah bahawa Malaysia kini semakin mundur daripada menjadi negara yang progresif, saksama dan adil dalam menangani kes seperti itu.

“Sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil terhadap penjenayah dan yang bersekongkol dengannya, maka kita semua gagal memberikan perlindungan kepada seorang kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi pihak pembela dan pelindung ini.”


 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,874
Reaction score
762
Points
81
wanita tu report di tandas balai..
tandas biasanya di luar lokap..takkan takde anggota yg jaga lokap, boleh lak OKT keluar masuk lokap ( bukan sel )..setiap lokap wajib ada sorg jaga..
lagi satu, kena rogol takkan tak menjerit?
Setiap lokap ada tandas sendiri, cuma yg pelik ni remaja tu ada kunci boleh keluar masuk lokap tu memang heran ...... Kalau boleh keluar masuk lokap, bukan tahanan namanya, tu kira check in homestay (boleh keluar masuk)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register