BTC USD 42,627.2 Gold USD 1,779.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes rasuah Adnan Mansor : Adnan bebas, HIDUP RASUAH!!

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,964
Points
201
khalid-samad-fmt-211018-1.jpg
Khalid berkata, siasatan kementerian adalah dari sudut komersil bagi menentukan sama ada DBKL mendapat harga munasabah bagi tanah yang dijual.​



KUALA LUMPUR: Desakan Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) supaya Kementerian Wilayah Persekutuan mendedahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga beberapa keping tanah tidak boleh dipenuhi, kata Khalid Abdul Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mendedahkan laporan siasatan SPRM, malah katanya siasatan yang dilakukan kementeriannya dan siasatan suruhanjaya berkenaan adalah berasingan dan dari sudut berlainan.

“Cynthia kena faham SPRM bukannya di bawah Kementerian Wilayah, mereka buat siasatan mereka secara berasingan, yang kementerian lakukan dari sudut komersil sahaja.

“Siasatan dari sudut komersil adalah bagi menentukan sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat harga munasabah untuk tanah terlibat. Siasatan aspek penyelewengan, rasuah dan sebagainya dilakukan SPRM.



“Jadi jika mahu laporannya kena minta daripada SPRM, bukan saya,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan pusat membeli belah Plaza Arkadia, di Desa Park City, hari ini.

Terdahulu pengarah eksekutif C4, Cynthia Gabriel menggesa Khalid supaya mendedahkan hasil siasatan SPRM berkaitan perjanjian penjualan tanah milik DBKL kepada pihak swasta sebelum kerajaan Persekutuan bertukar tangan.

Cynthia turut menyeru supaya dihentikan penjualan hartanah yang tersisa, serta menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan isu penjualan tanah DBKL kepada pemaju swasta.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pihaknya juga tidak boleh mendapatkan maklumat serta akses kepada akaun peribadi pihak tertentu, sebaliknya hanya boleh memeriksa harga sebenar tanah yang dijual kepada pemaju.

“Kita tidak boleh akses akaun bank, kita tidak boleh lihat sama ada pegawai tertentu dapat duit atau tidak, atau menteri tertentu dapat duit. Kita hanya boleh tengok, contohnya, tanah 10 ekar dan harganya RM20 juta, sepatutnya DBKL dapat RM20 juta.

“Kalau tidak dapat RM20 juta, kita akan tanya kenapa hanya dapat RM15 juta, misalnya. Jadi bakinya sebanyak RM5 juta itu kita akan runding semula,” katanya.

Khalid turut memaklumkan rundingan dan siasatan dilakukan kementeriannya tidak akan menjejaskan siasatan yang dilakukan SPRM berkaitan penjualan tanah DBKL kepada pemaju.

“InsyaAllah, lain kali kita akan lakukan secara tender terbuka, dahulu semuanya dilakukan secara rundingan terus, dipilih kontraktor atau pemaju kemudian diserahkan,” katanya.

Sebelum ini, Khalid mengumumkan bahawa 23 transaksi tanah DBKL sebelum ini sudah dirunding semula dan berjaya meningkatkan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM149 juta. Begitu juga kes sitaan tanah bernilai sebanyak RM113.9.
 
MAHKAMAH | Tengku Adnan Bebas Tuduhan Terima Rasuah RM2 Juta

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah RM2 Juta.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.


Tengku Adnan mengaku ada aset hampir RM1 bilion
Mac 4, 2020 10:22 pm

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara.
Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, dalam prosiding membela diri bagi tuduhan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong, Ahli Parlimen Putrajaya itu meninggikan suaranya apabila ditanya sama ada ayat dalam pernyataan saksinya adalah pendapat peribadi.
“Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya,” katanya dengan suara yang tegang dan penuh emosi.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili bekas Setiausaha Agung UMNO itu kemudian mencelah dan meminta mahkamah berhenti rehat seketika untuk menenangkan Tengku Adnan.
Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan itu dalam keputusannya terhadap pengisytiharan aset memutuskan bahawa untuk perbicaraan itu dijalankan secara adil, ia mesti dilakukan secara telus dan orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang didengar di mahkamah dan melihat apa yang dilihat di mahkamah.
“Dengan cara ini orang awam dapat menghargai apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan tidak tertanya-tanya dengan apa-apa keterangan yang disimpan rahsia,” katanya sambil menambah bahawa Tengku Adnan gagal meyakinkan mahkamah bahawa ia adalah untuk kepentingan keadilan atau menunjukkan sebab yang cukup dalam permohonannya.
“Sebaliknya, tertuduh bimbang aset dan keluarganya dimaklumkan secara terbuka. Beliau, antara lain, takut keselamatan keluarganya sekiranya butiran kekayaan diketahui umum.
“Saya berpendapat bahawa untuk berbuat demikian sebenarnya akan bertentangan dengan kepentingan keadilan. Saya sedar hakikat bahawa tertuduh adalah bekas menteri Persekutuan dan kes ini telah mendapat liputan meluas. Perbicaraan ini bukan sahaja perlu dilakukan secara adil tetapi mesti dilihat secara adil,” katanya.
Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan utama oleh Tan dan Tengku Adnan, 69, berkata beliau telah mengisytiharkan asetnya kepada tiga perdana menteri semasa beliau berkhidmat sejak menyertai Kabinet pada 2001 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditanya lanjut oleh Tan mengenai jumlah asetnya yang telah diisytihar kepada Dr Mahathir pada tahun 2001, Tengku Adnan berkata: “Saya rasa ia melebihi RM900 juta”.
Kepada soalan sama ada angka itu ialah RM938,643,566.16, bekas menteri itu menjawab: “Betul”.
Tengku Adnan juga mengesahkan bahawa beliau telah mengisytiharkan asetnya kepada Abdullah berjumlah RM711,325,822.00 pada tahun 2006; RM691,770,649.00 dan RM782,748,061.00 kepada Najib pada 2013 dan 2016.

Pada 14 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri atas tuduhan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Tengku Adnan, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Chai, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
– BERNAMA


patut la ramai yg x berani declare harta time PH ...

Ku Nan ditahan SPRM


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik Umno itu ditahan ketika beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.15 petang Rabu.

Ahli Parlimen Putrajaya itu akan didakwa di mahkamah berkaitan tawaran tanah yang diragui melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis (15 Nov).

Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat 97 transaksi bernilai RM5.63 bilion, melibatkan 273.27 hektar kawasan DBKL.

Terdahulu , Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan hampir empat jam memberi kenyataannya kepada penyiasat rasuah berhubung projek hibrid solar RM1.25bil untuk sekolah-sekolah di Sarawak.-The Star

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/14/ku-nan-ditahan/#yCA6EkFY8haTOgmA.99


dah kena dakwa.....

bicara lah ni kan...

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Kronologi Peristiwa skandal tanah DBKL
(Bahagian 1)

1.pada 25/4/2018

Apa jadi 34 lot lagi tanah DBKL yang dijual itu, soal Lip Eng
Diterbitkan 25 Apr 2018, 1:44 petang | Dikemaskini 25 Apr 2018, 2:57 petang

8dc8f77f75cb1ffc81c7b8d4a5948ab5.jpeg


Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu Menteri Wilayah Persekutuan Sementara, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi penjelasan berhubung 64 buah lot tanah yang telah dijual oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Lim, beliau mempersoalkan jawapan bertulis yang diberi semasa sesi Parlimen lalu mengenai tanah yang telah dijual oleh Kementerian Wilayah Persekutuan itu kerana tiada butiran lanjut yang disertakan berhubung perkara berkenaan.

Malah, beliau turut mempertikaikan daripada 64 buah lot, hanya 30 lot tanah sahaja yang digunakan untuk membina rumah awam seperti Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau mahukan jawapan daripada Tengku Adnan berhubung penjualan lot tanah tersebut.

"Jawapan betulis memberitahu sebanyak 64 lot tanah telah dijual, tetapi daripada 64 lot tanah itu, saya kira hanya separuh sahaja iaitu 30 lot sahaja untuk membina rumah awam dan selebihnya untuk tujuan komersial dan membina kondominium.

"Jadi soalan saya kepada Tengku Adnan, adakah kesemua 64 lot tanah ini dijual melalui tender terbuka?

"Saya mahukan jawapan sebelum hari penamaan calon," katanya pada sidang media di Kepong, hari ini.

Berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan, Kementerian Wilayah Persekutuan memberitahu sehingga kini pihaknya telah menjual sebanyak 64 lot tanah yang berkeluasan 424.29 ekar dengan harga jualan RM4.28 bilion.

Jawapan bertulis itu juga memberitahu, tanah yang dijual bertujuan untuk penyediaan rumah mampu milik di samping menyeimbangkan keperluan persekitaran dengan pembangunan bercampur yang merangkumi kedai pejabat, pangsapuri harga bebas dan sebagainya.

Dalam jawapan bertulis berkenaan juga terdapat maklumat yang memberitahu antaranya berhubung pembinaan 200 RUMAWIP, 200 rumah kos rendah dan 2,060 unit kediaman harga bebas yang dibina di sebuah mukim di Kuala Lumpur

Justeru, beliau mempersoalkan jumlah kediaman harga bebas yang dibina lebih banyak berbanding RUMAWIP dan rumah kos rendah.

"Dia tulis kediaman harga bebas. Berapa harganya? Boleh jadi RM1 juta. Dan kenapa kediaman harga bebas ini dibuat lebih banyak.

"Ada juga yang mereka tulis mengenai pembangunan bercampur. Berapa banyak pembangunan bercampur?

"Mereka kata tanah dijual untuk penyediaan rumah mampu milik, ini bohong. Hanya separuh sahaja tanah itu dibuat untuk RUMAWIP dan perumahan awam," katanya.

Oleh itu, menurut Lim, sekiranya beliau tidak menerima jawapan daripada Tengku Adnan, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan mempertimbangkan untuk membuat 64 laporan kepada SPRM (sekiranya tak dapat jawapan sehingga hari penamaan calon)," katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/421496

2.pada 16/5/2018





Hannah Yeoh Buat Laporan SPRM DBKL Jual Tanah Awam Atas Arahan Ku Nan

MEDIA Baharu
Published on May 16, 2018

Hannah Yeoh Buat Laporan SPRM DBKL Jual Tanah Awam Atas Arahan Ku Nan



3.pada 8/6/2018



https://www.kinitv.com/video/61714O74


SPRM mula siasat jual beli tanah DBKL



2018-05-30 21:16:21

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sudah memulakan siasatan terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran aduan dibuat seorang anggota parlimen.

Menurut Lim Lip Eng perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz semasa mereka bertemu hari ini.

Lim yang juga anggota parlimen Kepong berkata siasatan SPRM itu dibuat berhubung penjualan 64 plot tanah semasa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurut Lim, Mhd Amin Nordin berjanji pihak DBKL akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan berkenaan.

Malaysiakini sudah menghubungi Mhd Amin Nordin untuk mendapatkan komen beliau.

Sebelum ini Lim mendakwa 64 plot tanah itu - dianggarkan bernilai RM4.28 bilion - dijual kepada pihak swasta antara 2013 dan 2018 tanpa melalui proses tender terbuka.

Lim juga mendakwa sebahagian plot berkenaan dipindahkan kepada sebuah badan dikenali sebagai Yayasan Wilayah Persekutuan sebelum ia dijual.

Tengku Adnan ialah bekas pengerusi yayasan tersebut. Beliau yang juga anggota parlimen Putrajaya serta setiausaha agung Umno sudah menafikan sebarang salah laku dalam urusan berkaitan tanah berkenaan.

https://www.kinitv.com/video/61714O74#ZJ5xFciCqJgYjHIS.99





4.6/6/2018



'Aset Kayamas one of biggest beneficiaries to DBKL’s dubious 64 land deals'
June 06, 2018 19:00 pm

KEPONG (June 6): Kepong MP Lim Lip Eng has revealed that Aset Kayamas Group of Companies is one of the biggest beneficiaries to the 64 suspicious land deals involving Kuala Lumpur City Hall (DBKL).

The deals are currently under investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“This could be a huge scam of DBKL selling 64 pieces of land to make money. One developer even got 16 of the 64 pieces of land,” Lim told reporters during the site visit to Taman Metropolitan Kepong in Kepong to check on the safety risk posed by two construction projects adjacent to the park. Coincidentally, one of the two projects is The Henge condominium by Aset Kayamas.

Lim added that he is glad that the MACC is finally taking action on the land deals investigation.

“But why only [take action] two weeks after I lodged the report and complaint? But I guess better late than never,” said Lim.

He also noted that former Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan has been very quiet about these land deals.

“Who approved all these land deals?” Lim asked.

On Tengku Adnan’s statement that Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) has nothing to do with the land deal pertaining to the controversial proposed development at Taman Rimba Kiara in Taman Tun Dr Ismail, Lim responded:

“DBKL sold land to YWP and YWP sold the land to developers. How can it be that YWP has nothing to do with Taman Rimba Kiara? YWP has everything to do with Taman Rimba Kiara!”

http://www.theedgemarkets.com/artic...est-beneficiaries-dbkls-dubious-64-land-deals

5.pada 5/6/2018


SPRM serbu Menara DBKL
Diterbitkan pada 5 Jun 2018 10:11PM


sprm_stock_pix_12042017_tmikamal_ariffin_04_(11)__full.jpg

Serbuan SPRM di Menara DBKL itu melibatkan sepasukan lima pegawai dan anggota.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2018.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menyita pelbagai dokumen, dipercayai ada kaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik DBKL dianggarkan bernilai RM4.28 bilion.

Sumber SPRM berkata suruhanjaya itu telah memulakan siasatan berhubung kes berkenaan sejak bulan lepas dan tindakan menyita dokumen tersebut adalah susulan siasatan yang dijalankan.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/52758

6.10/7/2018


Khalid: DBKL terima arahan ‘pihak atasan’ berhubung penjualan tanah

July 10, 2018 8:07 AM

khalid-samad-talk-serious-fmt-4-os.jpg

Khalid Samad mahu urusan DBKL dikendalikan secara profesional tanpa penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu Khalid Samad mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima arahan daripada pihak berkuasa tertinggi dalam kerajaan berhubung kontroversi penjualan 64 lot tanah kepada pemaju.

Beliau berkata transaksi di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM sedang meneliti penjualan 64 lot tanah. Dalam hampir semua kes terdapat arahan dari pihak atasan diberikan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata DBKL harus dibenarkan berfungsi secara profesional tanpa sebarang arahan yang bertentangan dengan prosedur operasi standardnya (SOP).

“Saya memberi jaminan saya tidak akan memberikan arahan bertentangan dengan SOP. Saya mahu DBKL tidak berfungsi demi kepentingan kroni politik,” katanya selepas mesyuarat tertutup pertama dengan pegawai DBKL semalam.

Pada 6 Jun, pengarah eksekutif (perancangan) DBKL Mohd Najib Mohd mengesahkan SPRM merampas dokumen yang dikaitkan dengan penjualan 64 lot tanah milik DBKL antara 2014 hingga 2018.

Beliau berkata dokumen itu diambil dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan, yang bertanggungjawab mengendalikan projek penswastaan tanah.

Semua kerja di tapak projek dihentikan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng sebelum ini mendakwa DBKL menjual 64 lot tanah bernilai RM4.28 juta sejak 2013 tanpa terbuka terbuka.

Lim berkata kebanyakan pembeli belum membayar premium tanah walaupun bangunan sudah dibina dan terjual, dan ramai juga belum membayar caj pembangunan.

Khalid berkata pegawai DBKL harus membuktikan jika mereka tidak bersetuju dengan apa jua perkara berhubung pelaksanaan kerajaan tempatan, sambil menambah perlunya semak dan imbang yang sepatutnya di DBKL dan lembaga penasihatnya.

Beliau berkata walaupun beberapa sistem Dewan Bandaraya berjalan lancar, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk menghapuskan rasuah.

“Ini adalah era baharu untuk Dewan Bandaraya di mana semua perkara akan dijalankan secara profesional tanpa penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

“Kami mahu membina imej baharu. Kami mengakui masalah ini, kami tidak menolaknya. Tetapi punca masalah itu tiada lagi di sini dan kita boleh bekerja dengan lebih baik,” katanya.

Khalid juga berkata beliau berhasrat bertemu dengan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membincangkan mengenai isu berhubung Putrajaya Corp.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...rahan-pihak-atasan-berhubung-penjualan-tanah/






Khalid: DBKL terima arahan ‘pihak atasan’ berhubung penjualan tanah

Free Malaysia Today
Published on Jul 9, 2018

Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu Khalid Samad mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima arahan daripada pihak berkuasa tertinggi dalam kerajaan berhubung kontroversi penjualan 64 lot tanah kepada pemaju.

Beliau berkata transaksi di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM sedang meneliti penjualan 64 lot tanah. Dalam hampir semua kes terdapat arahan dari pihak atasan diberikan,” katanya tanpa mengulas lanjut

https://www.freemalaysiatoday.com/c...rahan-pihak-atasan-berhubung-penjualan-tanah/

7.pada 6/8/2018

Penjualan 64 lot tanah DBKL: Jawatankuasa khas akan serah syor kepada PM

Ogos 06, 2018 18:15 MYT

51533550512_KhalidAbdSamad.jpg



KHALID: Kesemua syor akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk beliau membuat keputusan. - BERNAMA/Fail

KUALA LUMPUR: Hasil syor jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti kes penjualan 64 lot tanah bernilai RM4.28 bilion yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa tender terbuka akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata antara syor yang dikemukakan adalah sebahagian daripada kontrak atau jualan dibatalkan dengan wang dikembalikan kepada syarikat terbabit.

"Sebahagian lagi diteruskan dengan penambahbaikan. Ada juga yang disyorkan untuk diteruskan sebagaimana dalam kontrak. Syor ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk beliau membuat keputusan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan kesemua syor oleh jawatankuasa berkenaan tidak bererti siasatan SPRM akan dihentikan terhadap mana-mana transaksi yang mempunyai unsur meragukan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-rumawip-dijual-murah-sebab-datuk-bandar-dbkl-177578

Dalam pada itu, Khalid berkata kementeriannya bersedia melaksanakan penambahbaikan terhadap proses penjualan tanah DBKL.

"Ia bertujuan supaya proses penjualan tanah DBKL pada masa hadapan lebih telus dan sistematik serta bersesuaian dengan aspirasi pembangunan Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang ditangguhkan sejak sekian lama akan diwartakan pada tahun ini meskipun tempoh pelaksanaannya hanya berbaki dua tahun.

http://www.astroawani.com/video-bis...pa-dbkl-belum-lagi-mewartakan-pelan-kl-234588

Katanya, pelan yang disediakan pada 2008 itu sepatutnya diwartakan pada April 2015 selepas melalui proses bantahan, pandangan awam serta pengumpulan data pembangunan, namun, malangnya ia tidak menjadi kenyataan.

"Kekurangan yang terdapat dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 akan diperkemaskan apabila pelan ini dikaji semula secara menyeluruh sementara mahu mempersiapkan pelan struktur bagi Bandaraya Kuala Lumpur 2040," katanya. -- Bernama


http://www.astroawani.com/berita-ma...ankuasa-khas-akan-serah-syor-kepada-pm-182354

-sambungan 1
 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,844
Reaction score
2,120
Points
201
aduh x de sinosis ke. jual. kat sape a?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
-sambungan 2

Kronologi Peristiwa skandal tanah DBKL
(Bahagian 2)


8.pada 13/9/2018

Khamis, 13 September 2018 | 2:06pm

97 transaksi tanah milik DBKL disiasat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM5.63 bilion disiasat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata semua transaksi membabitkan penjualan tanah seluas 273.27 hektar disiasat oleh pasukan petugas khas DBKL dan kementeriannya sejak 31 Julai lalu.

"Sebelum ini saya sebut 64 keping tanah, namun saya ingin memperbetulkan kenyataan bahawa kita mengesan 97 transaksi mencurigakan membabitkan lebih 97 keping tanah.

"Kita sudah menyerahkan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan manakala DBKL melihat semula semua transaksi berkaitan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DBKL di sini, hari ini.

Khalid berkata, hasil siasatan oleh pasukan petugas khas itu mendapati 43 daripada jumlah transaksi boleh diteruskan penjualannya manakala 19 lagi disyorkan untuk dibatalkan.

Katanya, lima daripada 43 transaksi itu dijual pada harga yang rendah berbanding harga sebenar namun, pasukan petugas khas mendapati penjualan tanah itu boleh diteruskan kerana membabitkan pembangunan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

"Sebanyak 10 daripada 19 transaksi yang disyorkan untuk dibatalkan penjualannya sudah dipulangkan pembayaran deposit. Lapan transaksi sudah dibatalkan namun pihak berkenaan membuat rayuan untuk mengadakan rundingan semula manakala satu lagi transaksi dibawa ke mahkamah.

"Sebanyak 15 transaksi disyorkan untuk ditangguh dan dirunding semula dan 20 lagi transaksi disyorkan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, hasil laporan dan cadangan oleh pasukan petugas khas itu sudah dirujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin.

Ditanya sama ada transaksi penjualan tanah itu ada membabitkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Khalid berkata, hanya beberapa transaksi membabitkan bekas menteri berkenaan.

Daim sebelum ini mendedahkan pihaknya mendapati terdapat sekurang-kurangnya transaksi 91 lot tanah di ibu negara yang didapati meragukan.

Sejurus pendedahannya itu, SPRM mengadakan pertemuan dengan Daim di Menara Ilham di sini bagi mendapatkan butiran lanjut berhubung perkara terbabit.

dbkltanah_1536825309.jpg


MENTERI Wilayah, Khalid Samad pada sidang media di Ibu Pejabat DBKL di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/09/473117/97-transaksi-tanah-milik-dbkl-disiasat





97 transaksi tanah milik DBKL disiasat

Berita Harian Online
Published on Sep 13, 2018


Sebanyak 97 transaksi penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM5.63 bilion disiasat kerana mencurigakan.



9.pada 9/10/2018

Dubious land deals: City Hall recovers RM149 mil

October 9, 2018 11:49 PM

Khalid-Abd-Samad-fmt-091018-2.jpg

Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad says 20 land deals have been submitted to the Malaysian Anti-Corruption Commission for further investigations.

KUALA LUMPUR: The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has recovered a total of RM149 million through renegotiation of 16 of its 23 dubious land deals involving a total area of 104ha, said Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad.

He said apart from that, another 5.04ha of land worth RM113.8 million had also been returned to DBKL.

“These were the result of renegotiations over 16 transactions, involving 21.84ha of land. The buyers agreed to pay according to market price.”

He said the renegotiations were carried out by a special committee set up to probe the dubious land transactions carried out by the previous government that had allegedly sold the land below market price.

Khalid said apart from the 16 successfully renegotiated deals, three other transactions needed revaluation from the Valuation and Property Services Department (JPPH). Another three failed to reach an agreement and one more transaction would involve further discussions with lawyers.

In total, 97 dubious deals involving the sale of DBKL-owned land worth RM5.63 billion were investigated.

Of these, 23 were renegotiated, 10 were terminated, one land deal was brought to court and 43 deals will proceed.

Another 20 more land deals were submitted to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for further investigation.

In another development, Khalid said 120 tahfiz centres had been registered under DBKL and the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi).

“We believe there are still others which have not registered and they have until Dec 31 to do so,” he said.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...ious-land-deals-city-hall-recovers-rm149-mil/

10. pada 17/10/2018

Why the delay in MACC asset list, asks C4

October 17, 2018 12:34 PM

Cynthia-Gabriel-171018.jpg

C4 executive director Cynthia Gabriel


PETALING JAYA: An anti-graft group today demanded an explanation for the delay in displaying a list of declared assets by Cabinet members and MPs following news that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had postponed doing so for the second time.

The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) said taxpayers had the right to know the real reasons for the delay.

C4 executive director Cynthia Gabriel added that any further delay in implementing asset declaration and displaying the list on the MACC website would be unacceptable.

“Given the urgency of the matter, we call on MACC to display the available information on asset declaration and name those who have failed to provide the information on its website on Nov 1.

“We would like to reiterate that asset declaration will only be effective and transparent if it is made public,” she said in a statement.

Earlier today, FMT reported that MACC had postponed the display of the list to Nov 1, as some had yet to declare their assets.

Last month, the anti-graft agency postponed the display of the list from Oct 1 to 15.

Its chief commissioner Mohd Shukri Abdull said this was to enable all MPs and Cabinet members to submit their asset declarations as not all of them had completed three months of service.

The list will be given to Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the MACC before it is published on the website.

For now, the declaration of assets does not involve assemblymen and other state-level leaders.

https://www.freemalaysiatoday.com/c.../17/why-the-delay-in-macc-asset-list-asks-c4/
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,964
Points
201
34509910_219906982128310_3123816404000702464_n.jpg



34457185_219907018794973_1228682322526601216_n.jpg


34502218_219907058794969_146832188682272768_n.jpg


Susulan siasatan skandal penjualan 64 plot tanah di Kuala Lumpur.

Tahukah anda, daripada 64 plot tanah kontroversi tersebut, 14 (setakat ini) yang dikesan adalah melibatkan syarikat Aset Kayamas (AK).Sebuah syarikat yang berjaya membangunkan ribuan unit kondominium dan rumah mampu milik (RUMAWIP) dalam tempoh yang singkat di kawasan2 strategik di Lembah Klang.Selebihnya adalah pemaju lain seperti Jakel,Malton,JL99,Skyworld,Suez Capitol dan lain-lain....

Projek-projek AK yang dikenalpasti:
1. No.19 (Residensi PandanMas)
2. No.29 (Residensi PandanMas 2)
3. No.30 (Residensi SentulMas)
4. No.31 (The Haute/Residensi GurneyMas)
5. No.37 (Residensi DesaMas)
6. No.39 (The Henge/Residensi KepongMas)
7. No.40 (Aset Kayamas Old Klang Rd HQ)
8. No.41 (The Holmes/Residensi RazakMas)
9. No.42 (The Havre/Residensi JalilMas)
10. No.45 (The Hamilton/Residensi WangsaMas)
11. No.53 (The Herz/Residensi KepongMas 2)
12. No.54 (Desa Valley / Residensi Desa SatuMas)
13. No.56 (The Hamstead/Residensi TasikMas)
14. No.57 (The Hermington/Residensi KuchaiMas)

baki projek AK yang belum ditemui adalah Parkhill Residence/PPA1M Bukit Jalil (Plot 5), The Holmes 2/Residensi RazakMas 2 (Lot 55121) & Residensi PuchongMas (Lot 15236).

Kami dimaklumkan projek2 yang telah siap dan berjalan akan diteruskan seperti biasa namun siasatan akan tetap dijalankan bagi mencari jika terdapat penyelewengan semasa proses jual-beli tanah tapak projek.manakala projek yang belum berjalan kemungkinan akan ditangguhkan untuk siasatan.

*Pihak Banturaz Media berharap agensi penguatkuasa menjalankan siasatan yang sedalam-dalamnya dan menghukum mereka-mereka yang bersalah (jika terbukti).Kepada pihak kerajaan diharap nasib para pembeli terbela,jangan hukum para pembeli.terutama pembeli unit-unit yang belum siap dibina.Harapan kami agar segalanya dipermudahkan..

Like, Share & Tag Banturaz Media
.
Perlukan info rumah bawah RM300k di KL & Selangor dihantar terus ke telefon bimbit dan email anda? Sila isi butiran di sini : https://goo.gl/forms/3nWnQrVbPu3xFttP2
.
sumber:

1)https://bit.ly/2kPIYFH
2)Edgeprop
3)http://www.theedgemarkets.com/…/aset-kayamas-one-biggest-be…
4)*gambar- rampasan dokumen2 berkaitan di menara DBKL oleh SPRM

sumber :
 
Last edited:

tnetcc

Junior Member
Joined
May 15, 2009
Messages
82
Reaction score
30
Points
16
Dulu masa jadi pembangkang, asyik suruh dedah walaupun dalam siasatan.
Dah jadi kerajaan, bila orang suruh dedahkan, jawapan : dalam siasatan tak boleh dedahkan. (sama macam jawapan kerajaan dulu)
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Dulu masa jadi pembangkang, asyik suruh dedah walaupun dalam siasatan.
Dah jadi kerajaan, bila orang suruh dedahkan, jawapan : dalam siasatan tak boleh dedahkan. (sama macam jawapan kerajaan dulu)

2 kali 5 dua dua
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,960
Reaction score
3,402
Points
201
ok....Ku Nan pulak....Good luck bro..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Tanah DBKL: Tengku Adnan dedah disiasat SPRM lebih 12 kali

Diterbitkan 30 Okt 2018, 1:12 petang | Dikemaskini 30 Okt 2018, 1:19 petang

b5eea2b6497ba09de6f13165a7002303.jpeg


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa beliau tiada kena-mengena dengan kelulusan atau penjualan kontroversial 97 bidang tanah di wilayah persekutuan sepanjang memegang jawatan sebagai menteri.

Tengku Adnan (BN-Putrajaya) berkata beliau telah menyerahkan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 2013.

“Masalah tanah di Wilayah Persekutuan masa saya ambil alih sebagai menteri pada 2013 saya telah pulangkan kpd Jabatan Perdana Menteri, saya tidak (ada) kena mengena dgn kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan, pertama...

“Yang kedua, soalan saya kepada menteri, saya berterima kasih kepada menteri kerana telah buat penyelidikan dan banyak orag kata saya tidak dipanggil oleh SPRM.

“Sebenarnya untuk maklumat, lebih daripada 12 kali saya telah dipanggil dan saya telah beri keterangan apa yang saya tau,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata 20 daripada bidang tanah 97 yang dijual oleh DBKL adalah mencurigakan dari segi aspek proses perjanjian tanah, harga tanah dan yuran pembangunan.

Khalid dipetik oleh The Star sebagai berkata pada bulan lalu beberapa transaksi tanah dilakukan semasa pentadbiran Tengku Adnan.

Daripada penjualan 97 tanah itu, Khalid berkata dua tanah dijual oleh Yayasan Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Tengku Adnan dalam kedudukannya sebagai menteri.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tengku Adnan bertanya soalan tambahan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berhubung berapa banyak tanah yang diberikan di atas nama DBKL.

Ketika menjawab soalan itu, Khalid berkata beliau mengakui ada beberapa tanah yang asalnya milik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ditukar nama kepada DBKL dan kemudiannya dijual DBKL untuk memberikan hasil kepada pihak berkuasa tempatan itu.

"Bagaimanapun, itu tidak menafikan bahawa hasil rundingan, kita telah mendapat RM149 juta lebihan, yang mana bukti jelas tanah itu telah dijual lebih murah daripada sepatutnya.

"Walaupun kita akui bukan hanya DBKL dan Kementerian Wilayah sahaja yang terlibat, ada Exco tanah juga terlibat yang kita tahu Putrajaya (Tengku Adnan) tidak terlibat, tetapi kita harus akui ada transaksi yang dibuat tidak ikut prosedur, tidak perlu kita buat tuduhan-tuduhan dalam Dewan, kami daripada kementerian dan DBKL akan beri sokongan penuh kepada SPRM supaya apa yang berlaku terdedah sepenuhnya supaya rakyat tahu," katanya.

Terdahulu, Khalid berkata kementeriannya masih belum menerima sebarang makluman terkini daripada SPRM berhubung siasatan 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik DBKL ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Pihaknya hanya menerima surat bertarikh 7 Ogos lepas daripada SPRM yang memaklumkan DBKL boleh meneruskan kebenaran dalam mengeluarkan kelulusan dan tidak perlu ditangguhkan lagi (transaksi) kerana ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan SPRM, katanya.

"Berdasarkan jawapan SPRM itu, kementerian difahamkan bahawa siasatan terhadap penjualan tanah itu masih dijalankan, hasil siasatan SPRM di luar bidang kuasa kementerian, persoalan sekiranya terdapat unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam transaksi ini lebih sesuai dijawab SPRM," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (HARAPAN-Cheras) yang meminta kementerian menyatakan secara terperinci transaksi penjualan tanah DBKL yang terdapat unsur-unsur penyelewengan dan melibatkan pecah amanah.

Khalid berkata kementerian telah mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) untuk meneliti keseluruhan 97 transaksi tanah DBKL itu.

Hasil siasatan dan perbincangan jawatankuasa berkenaan dengan syarikat yang terlibat dengan transaksi tanah DBKL, sebanyak 43 daripada 97 transaksi tanah diteruskan mengikut perjanjian asal kerana tiada sebarang isu berbangkit, malah mencatat nilai transaksi lebih tinggi iaitu RM1.642 bilion harga jualan berbanding RM1.433 bilion harga nilaian, katanya.

Katanya 14 transaksi tanah melibatkan keluasan 53.98 ekar (21 hektar) dibatalkan dengan persetujuan syarikat manakala 15 transaksi tanah dengan keluasan 145.79 ekar (58 hektar) dirunding semula dan memperoleh tambahan hasil kepada DBKL sebanyak RM149 juta.

"Sebanyak 20 transaksi yang telah sempurna pindah milik tanah dan siap projek tetapi didapati ada keraguan dari segi proses jualan tanah, harga nilaian tanah dan caj pembangunan diserahkan untuk siasatan lanjut SPRM.

"Lima transaksi tidak mencapai persetujuan, dengan tiga syarikat yang melibatkan tiga transaksi ingin terus berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatangani walaupun diperakui berat sebelah dan satu syarikat telah memfailkan tindakan di mahkamah untuk memaksa DBKL mematuhi perjanjian berat sebelah tersebut," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Khalid berkata 70 peratus daripada 97 transaksi meragukan melibatkan tanah DBKL itu telah diurusniagakan semasa Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, Khalid berkata setakat ini, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lengkap kepada umum tentang bagaimana beberapa plot tanah dijual di bawah harga pasaran kerana perkara itu sedang disiasat SPRM.

https://www.malaysiakini.com/news/449596
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Menteri: 70% transaksi tanah DBKL berlaku era Ku Nan

October 30, 2018 12:45 PM

Khalid-Abd-Samad-fmt-091018-2.jpg

Khalid Samad berkata semua transaksi membabitkan penjualan tanah seluas 273.27 hektar.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70% daripada 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlaku pada era kepimpinan Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan.

Menteri Wilayah Datuk Seri Khalid Samad berkata hasil siasatan itu yang dilakukan pasukan petugas khas DBKL.

“Saya tidak mempunyai pecahan yang tepat berhubung 97 transaksi tersebut kerana sebahagiannya dimiliki oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Warisan.

“Tetapi adil untuk disebut kebanyakkannya berlaku di waktu (pemerintahan) Ku Nan, 70% sewaktu pimpinan Ku Nan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik DBKL bernilai RM5.63 bilion disiasat.

Semua transaksi membabitkan penjualan tanah seluas 273.27 hektar disiasat oleh pasukan petugas khas DBKL dan kementerian berkenaan sejak 31 Julai lalu.

Apabila ditanya tentang tujuan transaksi tanah DBKL, Khalid berkata ia perlu untuk membangunkan kawasan Kuala Lumpur.

“Ada beberapa pihak yang tanya, mengapa jual tanah DBKL? Kita perlu membangunkan KL seperti program rumah mampu milik, isu setinggan dan rumah untuk penjawat.

“Tujuannya harus jelas. Jika dijual hanya untuk kepentingan untung semata-mata, ianya bukanlah tujuan yang sebenarnya.”

https://www.freemalaysiatoday.com/c...i-70-transaksi-tanah-dbkl-berlaku-era-ku-nan/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register