Kes pertama pendakwaan ikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
Berita Harian Online



34m ·

Tertuduh akan didakwa kerana menyebabkan seorang kakitangan syarikat dipecat setelah memberikan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku tertuduh
#BHnasional
https://bit.ly/32BnPpk

Khamis, 17 September 2020 | 6:40pm

CARI

SPRM_Logo_1600339405.jpg


Kes pertama pendakwaan ikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan syarikat akan didakwa di mahkamah esok kerana menyebabkan seorang kakitangan dipecat selepas memberikan maklumat mengenai salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya sudah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.

"Tertuduh akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

"Tertuduh akan didakwa kerana menyebabkan seorang kakitangan syarikat dipecat setelah memberikan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh," kata kenyataan itu.

Pertuduhan mengikut seksyen itu adalah yang pertama dalam sejarah sejak akta berkenaan berkuat kuasa pada 2010.

"SPRM amat prihatin dengan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pemberi maklumat sekiranya mereka dikenakan tindakan atas pendedahan jenayah rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu.

"Peruntukan undang-undang itu menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain di samping memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan yang memudaratkan," kata SPRM dalam kenyataan itu.

Oleh demikian, SPRM berkata ia tidak akan teragak-agak menjalankan siasatan ke atas pihak yang cuba mengenakan tindakan yang memudaratkan ke atas pemberi maklumat.

"SPRM berharap pertuduhan berkaitan kes ini dapat memberikan isyarat kepada masyarakat agar tidak gentar dalam memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

"Pertuduhan berkaitan kes ini juga diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pihak yang cuba mengenakan tindakan ke atas pemberi maklumat," kata kenyataan itu.

INFO: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)

• Akta ini diluluskan oleh Parlimen pada 6 Mei 2010 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama.
• Akta ini akan dilaksanakan oleh semua agensi penguatkuasaan seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ) dan mana-mana agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
• Objektif akta ini untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam bentuk sulit ke atas maklumat, imuniti dari tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan ke atas tindakan yang memudaratkan yang diambil terhadap mereka.
• Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat yang secara sukarela tampil ke hadapan untuk membuat aduan atau mendedahkan maklumat mengenai aktiviti rasuah.
• Akta ini menggalakkan orang awam daripada semua sektor untuk mendedahkan aktiviti mengenai rasuah.
• Identiti pemberi maklumat dan maklumat yang diberikan disimpan secara sulit daripada mana-mana pihak
• Pemberi maklumat juga diberikan imuniti daripada sebarang tindakan sivil, jenayah atau tindakan tatatertib oleh kerana mendedahkan perbuatan rasuah.
• Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat ini meliputi semua sektor awam dan swasta yang mendedahkan salah laku.



 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
Pegawai kanan syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen KL kerana menyebabkan seorang kakitangan dipecat selepas memberikan maklumat mengenai salah lakunya kepada SPRM. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), yang pertama dalam sejarah sejak akta berkenaan berkuat kuasa pada 2010
#BHTV
#METROTV
#NSTTV
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
Malaysia Gazette

16m ·

Api-apikan pengerusi supaya pecat
#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/2020/09/18/timbalan-pengarah-mengaku-tidak-bersalah-pecat-kakitangan-beri-maklumat-kepada-sprm/

Timbalan Pengarah mengaku tidak bersalah pecat kakitangan beri maklumat kepada SPRM


18 September 2020

MGF18092020_MAKHAMAH-SPRM_09-681x454.jpg

Wafiy Abd Aziz menutup wajahnya ketika berjalan keluar selepas mendengar tuduhan kes di Mahkamah Sesyen atas dakwaan mengapi-apikan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk memecat kakitangannya yang memberi maklumat tentang salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 18 SEPTEMBER 2020.


KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Education Malaysia Global Services (EMGS), dituduh di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menyebabkan seorang kakitangannya dipecat kerana memberikan maklumat salah laku tertuduh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh, Wafiy Abd Aziz, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.


Mengikut kertas pertuduhan, Wafiy didakwa mengambil tindakan memudaratkan terhadap pemberi maklumat berusia 53 tahun itu dengan mengapi-apikan Pengerusi EMGS, Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff supaya menandatangani satu dokumen pemecatan seorang kakitangan sebagai satu tindak balas terhadap pendedahan salah laku tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Januari 2020 di pejabat EMGS, 157 Hampshire Office, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 15 tahun atau kedua-duanya sekali.

MGF18092020_MAKHAMAH-SPRM_04-1-1024x683.jpg

Wafiy Abd Aziz (tengah) ketika hadir pada tuduhan kes di Mahkamah Sesyen atas dakwaan mengapi-apikan pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk memecat kakitangannya yang memberi maklumat tentang salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Makhamah Tinggi Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 18 SEPTEMBER 2020.

Wafiy itu didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 10 (3)(b) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 10(6) Akta yang sama kerana telah menyebabkan seorang kakitangan syarikat dipecat setelah memberikan maklumat kepada SPRM.

Pertuduhan di bawah Seksyen tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah sejak akta berkenaan berkuatkuasa pada 2010.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Sarah Khalil dari Tetuan Salehuddin Saidin.

Mohd Afif mewakili SPRM berhujah, meskipun tuduhan yang dihadapi tertuduh adalah satu kesalahan tidak boleh jamin, pihak pendakwaan tidak membantah sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun katanya, pendakwaan mencadangkan agar kadar jaminan ditetapkan pada jumlah RM30,000 dengan seorang penjamin serta memohon syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan perlu diserahkan kepada mahkamah dan lapor diri di SPRM sebulan sekali.

“Jumlah wang jaminan yang dicadangkan adalah munasabah dan tidak keterlaluan bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sepanjang perbicaraan.

“Ada faktor-faktor yang perlu dilihat iaitu graviti kesalahan yang dihadapi tertuduh adalah serius yang memperuntukkan hukuman berat di bawah Seksyen 10(6) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2020 (Akta 711),” katanya.

Afif juga berkata, tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan tertuduh melarikan diri adalah wujud dalam kes ini maka jumlah jaminan tinggi serta syarat tambahan yang dicadangkan akan berfungsi sebagai satu penebat kepada peluang ada kepada tertuduh.

Justeru beliau juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa individu tertuduh yang berkedudukan berpengaruh iaitu sebagai timbalan pengarah syarikat berpeluang mengganggu dan mempengaruhi saksi-saksi yang akan disenaraikan oleh pendakwaan nanti.

Beliau memaklumkan jumlah jaminan dan syarat tambahan itu akan menjadi peringatan serius kepada tertuduh untuk tidak cenderung ke arah melakukan perbuatan itu, selain mahu memastikan nilai yang bakal diputuskan memberi gambaran mahkamah melihat kesalahan tertuduh sangat serius.

Bagaimanapun Siti Sarah berhujah bahawa anak guamnya tidak akan melarikan diri seperti didakwa memandangkan tertuduh menghadapi satu pertuduhan kes lain pada Julai 2020 di mahkamah sama dan dibenarkan wang jaminan RM12,000 dan disyaratkan melaporkan diri di SPRM dan tidak pernah gagal lapor diri.

“Malah semasa pengurusan kes pada 1 September lau, anak guam kami hadirkan diri dan dalam kes hari ini, dia disiasat sejak Januari lalu oleh SPRM sebelum dipanggil hadir semalam dan ditahan pagi ini serta dihadapkan di mahkamah.

“Pendakwaan sendiri menyatakan tiada bukti anak gvuam akan ganggu saksi pendakwaan dan ia hanya spekulasi semata-mata sedangkan kami sendiri tidak tahu siapa saksi-saksi yang bakal dibariskan nanti maka isu ganggu saksi tidak bangkit di sini.

“Tiada afidavit atau laporan polis dibuat sebagai menunjukkan anak guam kami mampu mengganggu saksi-saksi kes ini, maka saya memohon jamin dikekalkan jumlah yang sama dengan syarat sama namun dirayu supaya tidak melebihi RM15,000.

“Malah, oleh kerana, anak guam kami berada dalam kedudukan berpengaruh dan mempunyai masa depan memandangkan usianya 35 tahun, kita meminta mahkamah supaya tertuduh tidak dibawa keluar ke kaunter bayaran wang jamin memandangkan kehadiran media yang banyak akan menjejaskan masa depan karier anak guam,” katanya.

Siti Sarah sekali lagi berhujah supaya mahkamah boleh memberi arahan kepada tertuduh tidak mengganggu saksi-saksi sepanjang proses perbicaraan kes nanti.

Hakim Sesyen Azman yang mendengar hujah kedua-dua pihak menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan mensyaratkan penyerahan dokumen perjalanan dan melapor diri kepada SPRM dua kali setiap bulan dan menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Beliau juga mengarahkan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi yang akan disediakan pendakwa raya. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
Free Malaysia Today



15m ·

Wafiy Abd Aziz is accused of inciting his chairman to end the services of a man who provided information to MACC.

In first case, company exec pleads not guilty over sacking of whistle-blower




September 18, 2020 12:28 PM


Wafiy-Abd-Aziz-fmt-180920-3.jpg

Company executive Wafiy Abd Aziz at the Kuala Lumpur Sessions Court today.

KUALA LUMPUR: A company executive has claimed trial to a charge of inciting his boss to terminate an employee for providing information to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Wafiy Abd Aziz, 35, who is a deputy director of an education company, pleaded not guilty.

He was charged at the Sessions Court here under Section 10(3)(b) of the Whistleblower Protection Act 2010, which carries a fine of not more than RM100,000 or a jail term of up to 15 years or both, if found guilty.
This is the first time a person is being charged under the Act since it came into force a decade ago.

Wafiy is accused of inciting the company’s chairman to terminate the employment of a 63-year-old employee after he provided information to MACC.

The prosecution was carried out by deputy public prosecutor Mohd Afif Ali while Wafiy was represented by Siti Sarah Khalid.

The judge allowed bail of RM15,000 and barred Wafiy from speaking to other witnesses throughout the trial.

The trial has been set for Oct 20.


Yesterday, MACC said it would not hesitate to investigate anyone who tries to act against whistle-blowers.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
Timbalan Pengarah Dituduh Pecat Kakitangan Beri Maklumat Kepada SPRM

18 September 2020
MGF18092020_MAKHAMAH-SPRM_01-1.jpg

Timbalan Pengarah Syarikat, Wafiy Abd Aziz ketika hadir pada tuduhan kes di Makhamah Sesyen atas dakwaan mengapi-apikan pengerusi syarikat Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk memecat kakitangannya yang memberi maklumat tentang salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Makhamah Tinggi Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 18 SEPTEMBER 2020.


MGF18092020_MAKHAMAH-SPRM_02-1.jpg

Timbalan Pengarah Syarikat, Wafiy Abd Aziz ketika hadir pada tuduhan kes di Makhamah Sesyen atas dakwaan mengapi-apikan pengerusi syarikat Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk memecat kakitangannya yang memberi maklumat tentang salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Makhamah Tinggi Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 18 SEPTEMBER 2020.

MGF18092020_MAKHAMAH-SPRM_07-1.jpg

Wafiy Abd Aziz menutup wajahnya ketika berjalan keluar selepas mendengar tuduhan kes di Mahkamah Sesyen atas dakwaan mengapi-apikan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk memecat kakitangannya yang memberi maklumat tentang salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 18 SEPTEMBER 2020.

 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,996
Reaction score
230
Points
38
lau menang kes, dpt kerja balik? atau dpt imbuhan ?
dan lagi satu, camne laporan tu sulit?lau tau siapa tukang buat report?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,405
Reaction score
10,780
Points
1,896
KULA LUMPUR - Seramai 290 individu diberi perlindungan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sejak tahun 2016 kerana bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, di bawah akta itu keselamatan mereka dilindungi dan dijamin. “Pada saya ia merupakan jumlah yang banyak dan mereka ini adalah mereka yang sanggup bekerjasama dengan SPRM. [ 204 more words ]
https://malaysiagazette.com/.../290-individu-pemberi.../

290 individu pemberi maklumat diberi perlindungan SPRM – Azam Baki


4 October 2020

MGF21062019_PC-LATHEEFA-KOYA60-681x452.jpg

Azam Baki

KULA LUMPUR – Seramai 290 individu diberi perlindungan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sejak tahun 2016 kerana bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, di bawah akta itu keselamatan mereka dilindungi dan dijamin.

“Pada saya ia merupakan jumlah yang banyak dan mereka ini adalah mereka yang sanggup bekerjasama dengan SPRM.

“SPRM memerlukan lebih banyak maklumat daripada orang ramai seperti ini supaya kami dapat mengumpul maklumat dengan lebih banyak dan bergerak lebih berkesan lagi,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui SPRM tidak terlepas berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana masih ramai yang takut untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.



“Antara faktor yang menyukarkan sesetengah individu berkongsi maklumat dengan agensinya berkemungkinan disebabkan takut dibuang kerja atau akan menjejaskan perniagaan mereka.
“Kami sedar bahawa untuk mendapatkan pengadu untuk datang kepada kami untuk membuat aduan itu amat susah dan peratusannya terlalu kecil,” katanya.

Beliau berkata, SPRM merupakan agensi yang menggunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat agar mereka dilindungi daripada segala ancaman termasuk risiko dibuang kerja.

“Banyak kes yang dikendalikan ketika ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat dan mereka ini dilindungi oleh undang-undang termasuk daripada sebarang tindakan undang-undang oleh majikan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, sasaran SPRM adalah untuk menjadikan masyarakat di negara ini bebas rasuah dan menjadi agensi penguat kuasa rasuah terunggul di dunia, dan untuk merealisasikan impian itu, pelbagai strategi perlu dirangka yang turut melibatkan semua pihak termasuk pelbagai jabatan dan agensi lain. – MAlaysiaGazette


 
Sponsored Post
Top
Log in Register