Kes penipuan penipuan barangan jenama aowa dari syarikat anzatec

CG Sponsors




Nara

Freshie
Joined
Feb 7, 2013
Messages
6
Reaction score
0
Points
3
Terima kasih atas semua 'feedback' dan perbincangan yang diberikan. Memang banyak buka mata sebab ini kali pertama saya mengalami penipuan seperti ini. Dan macam komen salah seorang di sini, jadikan ia sebagai pengajaran dan pengalaman hidup. Itupun saya bersyukur sebab tak ditipu dalam jumlah yang banyak. Cuma macam saya 'highlight'kan sebelum ini tujuan utama saya nak perkara ini disebarkan. Jadi patut tak timbul isu 'sendiri salah sendiri bising' atau 'salah sendiri sebab tak jauhkan diri dari situ' kerana kalau semua orang ada 'attitude' macam itu tak jadilah isu ini. Dan yang paling utama lagi nak memastikan syarikat-syarikat macam ini disiasat dan dihentikan operasinya supaya tak jadilah kisah orang-orang umum/pelanggan buat kesalahan beberapa persen pun. 'On the other hand' memang betulpun kebanyakan dari kita (kalau buat kajian) tak 'aware' atau tak ambil peduli dalam hal-hal seperti ini contohnya dalam kes nak turunkan tandatangan tanpa baca semua syarat-syarat seperti yang telah saya buat. Jadi 'in conclusion' isu ini patut dibincangkan (macam yang tengah kita lakukan), disebarkan dan diambil pengajaran.
 
Sponsored Post

Nara

Freshie
Joined
Feb 7, 2013
Messages
6
Reaction score
0
Points
3
Terima kasih atas semua "feedback" dan pendapat. Tadi baru ke Giant Batu Caves dan dapati kumpulan penjual penipu ni dah tak ada di situ. Dengar cerita mereka dah berpindah tapak ke Ampang Point (betul atau tidak tak dapat ditentukan), cuma orang ramai perlu berhati-hati saja dengan tipu helah mereka ini.
 

sangbogol

CG Top Poster Club
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,143
Reaction score
47
Points
120
adik aku kene lagi teruk dari syarikat jual buku... promoter tu ckp hanya bayar 250 utk buku,tp adik xde duit,dia tanya ada tak debit kad sbb diorg leh terus auto debit dari kad bank.adik bg kad bank yg masuk ptptn,sblm tu promoter tu suruh sign menandakan adik setuju buat bayaran tu. adik pun sign la dan amik buku tu.

esoknya adik bgtau bank ada call dan mention yg bayaran 250 telah diauto debitkan.adik kata ok la,tp yg xok setiap bulan ada lagi byran 199 setiab bulan selama hampir 2 tahun akan dicharge plak.adik terkejut dan call semula promoter.promoter tu mula2 angkat,pastu bila adik tanya nape cmtu dia ckp cik ptt baca term sblm sign persetujuan.bila adik dah sign tu bermakna adik setuju.tp adik kata nape xterangkan yg akan ada tolak bulan2 plak? promoter tu ckpdah bgtau,mungkin adik xfhm dan minta adik call ofis utk sebarang pertanyaan lanjut,dia hanya buat kerja dia.nampak tak kat situ cara diorg menipu.

skrg ni terpaksa pi bank dan block,pastu xtaula cmana nak batalkan yg auto debit 199 tu,sesape ada idea tak? diorg skrg meniaga tepi jalan ni jahat la menipu org cmni.

buat report polis dan tribunal ja mmg diorg nih lahanat..........
 

PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25
dah lama ni dan taktik serupa...masih aktif lagi rupanya sindiket ini.. sama seperti kes gores dan menang dan siap ambil gambar dengan thumb up lagi..:(scam:(scam

warga cg sekalian tak berniat nak perangkap mereka ni ke? dah tau s.o.p mereka ..mari kita banteras geng ini daripada berleluasa dan menipu org ramai..
 
Last edited:

edreena_my

Fun Poster
Joined
Mar 24, 2007
Messages
622
Reaction score
50
Points
20
warga cg sekalian tak berniat nak perangkap mereka ni ke? dah tau s.o.p mereka ..mari kita banteras geng ini daripada berleluasa dan menipu org ramai..
dorang nie ada kaki pukul yg jaga...kalu ramai warga CG nak perangkap jgn lupa panggil saya...

skang listkan tempat2 favorite dorang carik mangsa...
 

PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25
dorang nie ada kaki pukul yg jaga...kalu ramai warga CG nak perangkap jgn lupa panggil saya...

skang listkan tempat2 favorite dorang carik mangsa...
warga cg kan macam-macam ada..abang polis ada, komando pun ada :D:D
 

Nara

Freshie
Joined
Feb 7, 2013
Messages
6
Reaction score
0
Points
3
Bagi yang ingin membuat aduan secara online bolehlah ke:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan melalui e aduan
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/e...
(sila catat nombor aduan)
atau
melalui National Consumer
http://www.nccc.org.my/v2/
Tapi kena follow up aduan ( e mail atau telefon) supaya pihak penyiasat lebih ambil berat
nak buat tuntutan boleh melalui Tribunal Pengguna di sini:
http://ttpm.kpdnkk.gov.my/port...
Melibatkan pergi ke mahkamah, mungkin boleh dapat wang tuntutan
Tapi dalam kes ini, RM50 tu saja dah cover fee untuk filing aduan dan duit minyak pergi ke mahkamah, lagipun pihak Tribunal tiada kuasa nak ambil tindakan ke atas kumpulan penipu ni, jadi serve no purpose juga. Last time saya buat aduan melalui e aduan, saya orang pertama yang buat aduan pasal syarikat ni. Terkejut juga sebab kegiatan jenayah mereka berleluasa bukan saja di Semenanjung dan Sabah Serawak, malah negara jiran Indonesia. Last case saya baca 7 tahun, pelik kenapa tiada orang buat aduan rasmi pasal kegiatan syarikat ni. Agaknya dah millionaire pemilik syarikat ni dengan hasil menipu titik peluh orang ramai.

Oh dan jangan lupa

st.gov.my

(Suruhanjaya Tenaga) sebab mereka yang keluarkan permit kemasukan barangan elektrik ke Malaysia.

Tapi kalau nak pergi serang geng-geng ni pun bagus jugak - direct hit :-? , dapat mesej terus

Boleh ke link-link ni untuk pandangan orang lain:

http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-barangan-aowa-dari-syarikat-anzatec
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699578
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=129003
 
Sponsored Post
Top
Log in Register