BTC USD 58,614.4 Gold USD 2,585.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Bekas kakitangan bank didakwa bantu suspek

combat13

Active Member
Messages
1,285
Joined
Dec 18, 2007
Messages
1,285
Reaction score
9
Points
25
pengubahan_wang_haram.jpg

(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Lima wanita didakwa di mahkamah pada Khamis (15 Ogos) kerana bergaduh sesama sendiri berhampiran Stesen MRT Paya Lebar.

Mahkamah diberitahu bahawa kejadian tersebut melibatkan lima warga Indonesia - Sriani, 46 tahun, Maesaroh, 35, Sulastri, 44, Nita Widia Rahayu, 34, dan Siti Rukayah Kusni, 47 tahun - yang berlaku pada tengah hari Ahad (19 Mei) di 15 Paya Lebar Road.

Menurut kenyataan polis, Siti, Sulastri dan Nita pernah berselisih dengan Sriani sebelum ini.

Maesaroh kononnya masuk campur untuk menyebelahi Sriani, dan pergaduhan berlaku antara kedua-dua kumpulan.

Klip video selama tiga minit yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan sekumpulan wanita berteriak dan bergaduh sesama sendiri.

Mengikut kertas pertuduhan, Sriani berbalas-balas tumbukan dengan Sulastri dan Siti, manakala Maesaroh pula bergaduh dengan Nita.

Siti juga dipercayai berbalas-balas tumbukan dengan Sulastri.

Polis dimaklumkan mengenai pergaduhan itu pada sekitar pukul 2.55 petang dan memberkas empat daripada mereka pada hari yang sama.

Individu kelima, Siti, dikenal pasti dan diberkas kira-kira seminggu kemudian.

Di mahkamah, wanita-wanita itu berdiri berasingan antara satu sama lain dan mendengar prosiding mahkamah dengan muka muram.

Sriani, Sulastri dan Siti menyatakan bahawa mereka akan mengaku bersalah dan diberi tarikh untuk berbuat demikian pada lewat bulan ini.

Nita dan Maesaroh berkata mereka berhasrat untuk mengaku bersalah tetapi mahu mendapatkan khidmat peguam. Mereka akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk sebutan lanjut kes tersebut pada 26 Ogos.

Hukuman terhadap kesalahan bergaduh ialah hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga S$$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sponsored Post

sampai bertumbuk2 gubah duit... rakyat indon pulak tu
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register