Kes pemalsuan dokumen, PERKESO buat siasatan dalaman

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,871
Reaction score
218
Points
33
MGF08072020_SIDANG-MEDIA-PERKESO_01.jpg


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sebarang unsur penipuan melibatkan pemalsuan dokumen rekod pesakit.

Sekiranya terdapat penemuan perkara berkaitan, pihaknya akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz.

Merujuk kepada kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia pada 25 Januari lalu berkaitan siasatan terhadap seorang pegawai perubatan yang disyaki memalsukan dokumen rekod pesakit, PERKESO bersedia memberikan kerjasama penuh.

Kerjasama dengan pihak PDRM untuk mengenal pasti dokumen-dokumen yang terlibat bagi membantu siasatan, kata Mohamed Azman dalam satu kenyataan hari ini.

“Berdasarkan beberapa dokumen yang telah dikemukakan untuk pengesahan, PERKESO mendapati dokumen-dokumen tersebut telah diproses untuk pembayaran tuntutan faedah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati sekurang-kurangnya 16 kes dapat dikaitkan dengan pegawai perubatan tersebut.

“Memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes ini, sebarang kenyataan lanjut hanya akan dimaklumkan setelah siasatan selesai,” katanya lagi.


== MalaysiaGazette
 
Top
Log in Register