Kes pelajar UM ceroboh, conteng dinding tangguh 14 Jun

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR - Hakim yang mendengar k:es lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh menceroboh, menconteng dinding dan cuba membakar dewan Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti tersebut pada Jun lalu menempelak barisan pendakwaan dan pembelaan pada prosiding semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff bertindak demikian gara-gara prosiding perbicaraan yang sepatutnya ditetapkan semalam gagal dilaksanakan semata-mata kerana pihak pembelaan masih belum menerima laporan kimia daripada pihak pendakwaan.

Makluman yang diberitahu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar itu disahkan peguam Mohamed Arfizi Mohd Ramli.

Sehubungan itu, peguam terbabit memohon kepada mahkamah agar kes ini ditangguhkan sementara menunggu laporan kimia.

“Saya tidak boleh lengahkan kes ini. Lagipun semua tertuduh masih belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Pada prosiding sebutan lepas mahkamah dimaklumkan semua dokumen telah siap dan telah dihantar kepada semua pihak. Kenapa pula tiba-tiba hari ini, mahkamah diberitahu laporan kimia masih belum siap. Kenapa semua pihak (pembelaan dan pendakwaan) saling sokong-menyokong antara satu sama lain (untuk melengahkan kes),” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Mukhzany Fariz menafikan andaian hakim tersebut sebaliknya beliau menjelaskan ia bukan isu saling sokong-menyokong tetapi tanpa laporan kimia kelancaran prosiding perbicaraan akan terganggu.

“Jika laporan kimia masih tidak siap lagi, saya akan batalkan kes ini. Saya akan rekodkan semua permohonan daripada pihak-pihak. Tetapi selepas ini jangan buat aduan yang mengatakan kes ini lambat dibicarakan,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan berlangsung selama empat hari bermula 14 Jun depan.

Mohamad Aizat Roslan, 21; Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 22; Muhamad Saufi Jelani, 22; Mohamad Izzuddin Hilmi, 21; dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, 21, hadir ke mahkamah semalam.
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
hehehe tgh nak 'BUAT' laporan..biasala..
 

nina76

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
mak bapak htr uni suh blaja...benda lain plak yg dibuatnye....jenis bdk2 yg tk kenang jasa mak bapak...selfish bunch
 
Sponsored Post
Top
Log in Register