Kes nahas Concorde mula dibicarakan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PARIS 2 Feb. - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Continental Airlines dan beberapa pegawai penerbangan Perancis mula dibicarakan hari ini atas tuduhan membunuh tanpa niat seramai 113 orang yang terkorban di Paris apabila sebuah pesawat supersonik Concorde terhempas dalam bola api.

Pesawat Air France menuju ke New York itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di sini pada 25 Julai, 2000, mengorbankan kesemua 109 orang di dalamnya, kebanyakannya warga Jerman, dan empat pekerja hotel di darat.

Dua kakitangan Continental Airlines, seorang bekas pegawai penerbangan Perancis dan dua jurutera Concorde akan dibicarakan atas tuduhan sama di sebuah mahkamah dekat sini mulai hari ini, dan prosiding dijangka mengambil masa empat bulan.

Siasatan pihak berkuasa Perancis pada 2004 mendapati nahas tersebut sebahagiannya berpunca daripada sekeping logam titanium yang terjatuh ke atas landasan dari sebuah pesawat DC-10 Continental Airlines yang berlepas tidak lama sebelum jet Concorde itu.

Menurut siasatan, satu tayar jet Concorde itu koyak apabila ia melanggar kepingan titanium berkenaan.

Tayar itu meletup dan serpihannya merempuh enjin dan tangki bahan bakar, menyebabkan pesawat terbakar.

Continental Airlines bagaimanapun menolak hasil siasatan dan sebaliknya mendakwa, kebakaran bermula sebelum jet Concorde melanggar kepingan titanium itu.

Syarikat itu juga mendakwa, pesawat Concorde mempunyai kecacatan reka bentuk berbahaya yang disedari tetapi tidak dibetulkan.

Jika sabit kesalahan, Continental Airlines boleh dikenakan hukuman maksimum 375,000 euro (RM1.8 bilion) manakala individu-individu terlibat boleh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda 75,000 euro (RM285,000) setiap seorang.

Kebanyakan keluarga mangsa bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sebagai syarat untuk menerima ganti rugi daripada Air France, pengeluar pesawat EADS, Continental Airlines dan pengeluar tayar Goodyear. - AFP
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
1.8 billion bahagi 108 org..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register