Kes mencabar kesahihan fatwa Jawatankuasa Fatwa Selangor oleh SIS di High Court

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Dr Ahmad Sanusi
3 jam

Mahkamah Tangguhkan Fatwa Sesat Terhadap Sister in Islam
=========
1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia). Ini bagi menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah Sister mengemukan rayuan mereka. (Astro Awani)

https://drsanusiazmi.com/mahkamah-tangguhkan-fatwa-sesat-t…/

2. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

3. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/…/sisters-in-islam-gesa-amalan-ber…/

(b) Sisters mendakwa Saidatina Fatimah tidak disunatkan oleh Baginda Nabi
Baca: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=986561608347632&id=630358917301238

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.hatred contents/…/quran-doesnt-specify-wom…/919835

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8
Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/…/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

(f) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/…/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri…

(g) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

4. Bahkan jika diperhatikan, banyak lagi kekeliruan malah penyelewengan yang dipaparkan di dalam kenyataan mereka. Maka amatlah wajar Fatwa Selangor mewartakan kumpulan yang mendokong pemikiran Liberal ini sebagai sesat dan menyeleweng.

5. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memberikan penerangan terhadap penyelewengan serta kekeliruan yang ditimbulkan oleh pemikiran Liberal terhadap Islam. Penafsiran baharu yang dibawa oleh kumpulan hanya menjadikan masyarakat keliru tentang ajaran Islam.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA




 
Sponsored Post

apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
442
Reaction score
38
Points
30
Semoga yg tersimpang, disuluhkan hidayah kembali ke jln yg lurus.

Semoga Allah melindungi kita semua dan keluarga dari terbabas drp jalanNya.

Semoga sentiasa datang pertolonganNya utk kita menentang musuh2 Islam yg nyata dan tersembunyi.

Semoga sentiasa diberikan kekuatan dan kemenangan pd pejuang2 Islam.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,714
Reaction score
3,774
Points
236
SIS Cabar Enakmen Pentadbiran Islam Selangor Di Mahkamah Persekutuan

13.02.2020 - Kuala Lumpur, NGO Sister in Islam (SIS) memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan enakmen negeri Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri untuk mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.

SIS Forum (Malaysia), menerusi firma guaman Messrs Fahri & Co, memfailkan notis usul itu di Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 21 Januari lalu.

Menurut notis usul yang dilihat Malaysiakini hari ini, SIS memohon mahkamah itu memulakan tindakan undang-undang untuk, antara lain, satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Seksyen 66A menyatakan Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat pihak berkuasa agama atau jawatankuasa di bawah enakmen itu.

Pada 27 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan NGO itu sebagai sesat.

Ketika itu, Hakim Nordin Hassan memutuskan bahawa menurut Seksyen 66A, Mahkamah Syariah Selangor boleh menentukan tindakan undang-undang terhadap fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Beliau juga berkata mahkamah sivil tiada kuasa untuk mendengar semakan kehakiman berkenaan perkara itu.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan Pengarah Eksekutif SIS Forum (Malaysia) Rozana Mohd Isa, DUN Selangor tiada kuasa untuk menggubal Seksyen 66A kerana Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hnaya membenarkan ia menggubal undang-undang berkaitan Syariah ke atas orang yang menganut agama Islam.

Katanya, Seksyen 66A sebaliknya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Selangor ke atas jawantakuasa fatwa dan majlis agama, yang bukan merupakan "orang yang menganut agama Islam".

"Kedua, DUN Selangor hanya boleh memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah berkenaan perkara dalam Butiran 1 Senarai Negeri. Kuasa semakan kehakiman tidak termasuk dalam butiran tersebut.

"Selanjutnya, dan dalam apa jua keadaan, kuasa semakan kehakiman adalah sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan secara eksklusif terletakhak kepada MAhkamah Tinggi sivil. DUN Selangor tiada bidang kuasa untuk memberikan kuasa sedemikian kepada Mahkamah Syariah," katanya lagi.

Kata Rozana lagi, SIS juga memohon deklarasi bahawa sub-definisi "orang Islam" dalam Seksyen 2 Enakmen 2003 - dalam sub-perenggan b,c d, dan f - dan frasa "dan termasuklah Majlis Agama Islam Selangor..." sebagai tidak sah.

"...Atas alasan ia membuat suatu peruntukan berkenaan dengna perkara yang mana DUN Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undan dan oleh itu, ia batal dan tidak sah," katanya lagi dalam afidavit sokongan tersebut.

Berdasarkan laman ecourtservices.kehakiman.gov.my, pengurusan kes akan dibuat secara telesidang dengan Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 10 pagi esok.

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu, yang mengenepikan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa tersebut, NGO itu memfailkan rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi dilaporkan membenarkan permohonan SIS untuk menangguhkan keputusan itu, sementara menunggu keputusan rayuan tersebut.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510751
 

art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
kiranya ISIS tidak mengaku mereka liberal la mek?

selain dari liberal, ISIS ni nak didefine entity ISIS sebagai apa? true islam, neo islam, truest than true islam? kalau ikut criteria keputusan muzakarah majlis fatwa tu, lebih kepada liberal islam

boleh tangkap ke ISIS ni sebab menyebarkan fahaman islam tanpa tauliah

betul atau tidak kalau kita samakan ISIS ngan ISIS ni mek?, boleh charge mengangggu ketenterama awam dan masyarakat majmuk
Polis tangkap je isis ni..
Sis ni pun patut kene tangkap jugak la mcm ni

Setuju?

Kene desak pihak berkuasa tangkap sis
 

lyn_gold

Freshie
Joined
Nov 2, 2019
Messages
33
Reaction score
5
Points
11


Finally, SIS’ challenge to Selangor fatwa to be heard
V Anbalagan - September 25, 2018 2:12 PM

PUTRAJAYA: Muslim NGO Sisters in Islam (SIS) and two others will have their day in court after four years, with the High Court to hear their challenge to revoke a fatwa issued by the Selangor religious authorities in 2014.

The Federal Court today remitted the matter for hearing to determine the merit of the case after receiving consent to the action from all relevant parties.

A seven-member bench chaired by Chief Justice Richard Malanjum also set aside a Court of Appeal ruling made on March 2 last year.

The consent allowed the religious authorities to raise any issue, including whether the High Court has jurisdiction to adjudicate the judicial review brought by SIS, the group’s co-founder Zainah Mahfoozah Anwar and former federal minister Zaid Ibrahim.


Their action was triggered in 2014 after the Selangor Islamic Religious Council (Mais) issued a fatwa that SIS subscribed to liberalism and religious pluralism, thus deviating from the teachings of Islam.

The bench today was scheduled to hear the appeal by the Selangor Fatwa Committee, Mais and the state government on whether the civil court had jurisdiction to hear the case.

However, lawyer Malik Imtiaz Sarwar urged the court to strike out the appeal as the Federal Court had held in the case of M Indira Gandhi earlier this year that the civil court had the authority to hear disputes when Islamic religious authorities act beyond their powers.

“This court is reminded not to depart too soon from that ruling,” said Malik who is appearing for SIS, Zainah and Zaid.

He added that the appeal had also become academic.

But counsel Sulaiman Abdullah, who is representing the fatwa committee, said the appeal could be heard as leave on legal questions had been given.

He said the Court of Appeal, which allowed the appeal by SIS, Zainiah and Zaid last year, had not made a decision on the issue of jurisdiction.

“It merely said that jurisdiction could not be raised again as the High Court had been given leave to hear the judicial review,” he said.

The bench reconvened after a short break, with Richard saying its members had decided to send the case for hearing.

The parties then drafted a consent order for the court’s approval.

On March 2, a three-member Court of Appeal bench chaired by Tengku Maimun Tuan Mat said the civil court had jurisdiction to hear the trio’s complaint.

Tengku Maimun also ordered for the merit of the case to be heard before a new judge.

This was against the ruling by justice Hanipah Farikullah on June 24, 2016 that the civil court had no power to hear cases pertaining to religious matters such as fatwa.

She said the civil court had no jurisdiction to grant the remedies sought by the NGO as fatwas came under the exclusive jurisdiction of the shariah court.

The confusion over jurisdiction arose when Asmabi Mohamad, who first heard the case, gave SIS the green light for judicial review.

On Dec 10, 2014, Asmabi ruled that SIS had proven its application was not frivolous and that its arguments should be heard in full.

However, Hanipah who took over from Asmabi, reversed the findings after a preliminary objection raised by the state religious authorities.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...-sis-challenge-to-selangor-fatwa-to-be-heard/
Cuba explain apa isu? Tak faham gua
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar

2j ·

Hari ini pendengaran secara online dalam kes Mahkamah Persekutuan dimana Majlis Agama Islam Selangor mengusulkan untuk menjadi Pencelah di dalam suatu prosiding dimana SIS Forum Berhad mencabar seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Alhamdulillah YA Dato’ Zabariah Mohd Yusof bersidang sendirian membenarkan permohonan MAIS untuk mencelah.

1610600291732.png

1610600299217.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
MAIS dibenar jadi pencelah dalam kes Sisters In Islam
poster-MAHKAMAH-new-7.jpg


  • 14 Januari 2021, 7:20 pm


PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) beroleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar satu peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Peruntukan yang dimaksudkan ialah Seksyen 66A yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh badan itu atau mana-mana jawatan kuasa yang ditubuhkan dalam Enakmen Pentadbiran tersebut.

Menurut peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili MAIS, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd. Yusof membenarkan permohonan itu selepas mendapati badan tersebut mempunyai kepentingan langsung dalam permohonan oleh SIS itu.

Ini kerana MAIS berperanan dalam memberi nasihat kepada Sultan Selangor berkaitan hal ehwal agama Islam negeri itu. Kerajaan negeri Selangor yang diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Nur Irmawatie Daud juga tidak membantah terhadap permohonan itu.

Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian itu, MAIS turut diwakili peguam-peguam iaitu Mohd. Akmal Abu Bakar dan Nor Adzrie Mohd. Noor manakala peguam Fahri Azzat hadir bagi pihak SIS.
Zainul Rijal turut memberitahu Mahkamah Persekutuan turut menetapkan 3 Februari ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Pada 21 Januari 2020, SIS Forum memfailkan notis usul antara lainnya memohon deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Pada 27 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan NGO itu sebagai sesat atas alasan hanya Mahkamah Syariah Selangor boleh menentukan tindakan undang-undang terhadap fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya turut menyatakan Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatan kuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan Pengarah Eksekutif SIS Forum (Malaysia), Rozana Mohd. Isa, DUN Selangor tiada kuasa untuk menggubal Seksyen 66A kerana Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan ia menggubal undang-undang berkaitan Syariah ke atas orang yang menganut agama Islam.

Katanya, Seksyen 66A sebaliknya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Selangor ke atas jawantakuasa fatwa dan majlis agama, yang bukan merupakan “orang yang menganut agama Islam”.
SIS juga memohon deklarasi bahawa sub-definisi “orang Islam” dalam Seksyen 2 Enakmen 2003 – dalam sub-perenggan b,c d, dan f – dan frasa “dan termasuklah Majlis Agama Islam Selangor…” sebagai tidak sah. -UTUSAN ONLINE


 
Sponsored Post
Top
Log in Register