Kes mencabar kesahihan fatwa Jawatankuasa Fatwa Selangor oleh SIS di High Court

CG Sponsors




TITANIUM

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
6,365
Reaction score
13
Points
65
Alhamdulillah.... Terima kasih tuan Hakim yang bijaksana dan adil......
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Syarikat tiada kaitan dengan Islam tak terkesan



SYARIKAT yang tiada kaitan dengan Islam walaupun pemilik dan pekerjanya beragama Islam tidak akan terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman oleh SIS Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkannya sesat dan menyeleweng.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, bagaimanapun mana-mana pihak tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dengan berselindung di sebalik nama organisasi termasuk syarikat.


“Orang Islam tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Islam dalam isu membabitkan hal ehwal agama, Seperti dapatan mahkamah, SIS Forum adalah syarikat yang dianggap sebagai ‘Islam’ kerana misi dan visi mereka bertujuan membawa keadilan kepada nama Islam berserta pengarah beragama Islam


“Mahkamah tidak akan ‘lift the corporate veil’ semata-mata syarikat itu mempunyai anggota orang Islam. Mahkamah menganggap syarikat itu sebagai ‘Islam’ kerana orang di belakang tabir dan misi serta visinya berpandukan dan berasaskan Islam,” katanya dalam penjelasannya berkaitan isu berkenaan semalam.

Pada 27 Ogos lalu Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, mahkamah terbabit tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan permohonan berkenaan kerana berdasarkan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan isu itu sepatutnya dibuat di Mahkamah Syariah.

Katanya, berhubung isu fatwa itu didakwa bertentangan dengan undang-undang Persekutuan, mahkamah mendapati ia tidak tidak menyalahi sebarang undang-undang.

Dalam pada itu Zainul Rijal yang turut mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dalam kes berkenaan berkata, wujud cubaan membangkitkan polemik pasca penghakiman kes itu kononnya Jawatankuasa Fatwa boleh membuat fatwa kepada sesiapa saja termasuk syarikat yang mempunyai orang Islam di dalamnya.

“Kenyataan ini adalah jauh dari kebenaran kerana Jawatankuasa Fatwa tidak boleh dengan semena-mena atau tidak munasabah membuat fatwa kepada sesiapa atau mana-mana syarikat yang mempunyai anggota orang Islam,” katanya yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 8:26 PM


 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,474
Reaction score
2,448
Points
206
Part 1


Part 2

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Fatwa Selangor mengenai SIS digantung sementara menunggu rayuan

January 23, 2020 4:46 PM



(Dari kiri) Peguam Maizatul Amalina dan Surendra Anath bersama-sama pengarah eksekutif SIS Rozana Isa.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 2014 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat.

Fatwa tu digantung sementara menunggu permohonan SIS kepada Mahkamah Rayuan pada Sept lepas.

Penangguhan pelaksanaan penguatkuasaan itu dibuat oleh Hakim Nordin Hassan.

Keputusan tersebut bermakna tindakan penguatkuasaan tidak boleh diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais ke atas SIS buat sementara waktu.

Fatwa Mais pada 2014 menyebut kumpulan hak asasi itu menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS mencabar fatwa tersebut tetapi Mahkamah Tinggi pada Ogos menolak permohonan mereka atas alasan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu kerana ia tertakluk kepada undang-undang Syariah negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas pendengaran kes, pengarah eksekutif SIS Rozana Isa berkata, keputusan tersebut menunjukkan mahkamah mengiktiraf hak mereka di bawah perlembagaan persekutuan.

“Saya gembira dengan keputusan ini kerana ia bermakna kerja-kerja kami boleh diteruskan dari segi memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak Islam di Malaysia tanpa perlu terlalu bimbang tentang risiko.

“Dalam pada itu, saya memandang ke hadapan kepada perbicaraan. Kami berpeluang hadir ke mahkamah dan mudah-mudahan keadilan akan tertegak.”

 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,107
Reaction score
270
Points
91
Klu bc sejarah Islam,
Biasa jer si kapir akan guna 1001 cara cuba hancurkan Islam.
Kalau cara SIS ni, mudah utk dibaca...
setiap individu yg ada pendidikan asas agama pun, IsyaAllah boleh faham.
Yg kita takut..yg jd musang berbulu ayam...
 

apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
442
Reaction score
38
Points
30
penerangan yg bagus tapi emosi/mental aku terganggu semasa dan selepas menonton vid ni
Samalah t/puan. Lps seketika saya terpaksa had kan pd hanya mendengar audio shj
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Danial A. Shaari
8 min ·

Amat mengecewakan keputusan Mahkamah Tinggi yang membuat perintah penangguhan penguatkuasaan fatwa berhubung Sisters In Islam (SIS).

Perlu ditegaskan, fatwa adalah berkaitan hukum syarak yang merupakan subject matter yang eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Keputusan ini jelas bercanggah dengan Perkara 121(1A) mengenai larangan Mahkamah Sivil untuk mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Malah, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) pindaan 2015, Seksyen 66A memperuntukkan:

"Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini."

Fatwa diperbuat oleh Jawatankuasa Fatwa, maka ia adalah termasuk dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang disebutkan dalam Seksyen 66A dan forum yang lebih sesuai dan layak menentukan isu fatwa dan melakukan semakan ke atas pembuatan fatwa secara substantif adalah Mahkamah Syariah.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register