Kes mencabar kesahihan fatwa Jawatankuasa Fatwa Selangor oleh SIS di High Court

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
SIS Forum gagal cabar fatwa

27 Ogos 2019 3:41 PM




KUALA LUMPUR 27 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan tersebut sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Forum SIS (Malaysia) pada 31 Oktober 2014 memfailkan permohonan bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS itu yang menyatakan, organisasi itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya “berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama” sebagai “sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.

Pihak pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa dan MAIS melalui fatwa tersebut yang mengarahkan sekatan dibuat ke atas laman-laman sosial adalah bercanggah dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka antara lain memohon perisytiharan iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS melalui fatwa itu adalah ultra-vires (melampaui batasan undang-undang). - UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar sedang bersama Nurhani Salwa Binti Jamaluddin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
1 jam · Kuala Lumpur

Sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan diwartakan yg antara lain memutuskan SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana- mana Undang Undang. Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa meneliti fatwa tersebut kerana ianya terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Terima kaseh kepada semua team peguam, YB Dato Penasihat Undang Undang Negeri Selangor, MAIS, Cik Hani, pembantu di ZRTA Dato Haji Sulaiman Abdullah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya penghakiman ini adalah suatu hadiah di ambang kemerdekaan negara dimana jatidiri negara dipertahan dan struktur asas negara yang meletakkan kedudukan istimewa agama Islam dinobatkan.

Permohonan SIS Forum Berhad dan 2 yang lain mencabar fatwa tersebut ditolak dengan kos sebanyak RM 10000.00




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Dr Ahmad Sanusi

· 2 jam ·



Senarai Kesesatan Sisters in Islam
=========
1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.

Lihat: https://www.indahnyaislam.my/2019/08/fatwa-selangor-isytihar-sis-sesat-dan-menyeleweng-kekal/

2. Keputusan ini menunjukkan mereka kekal sebagai pertubuhan yang menyebarkan pemikiran liberal yang sesat dan menyeleweng. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin

(b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.hatred contents/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

3. Ini hanyalah sebahagian contoh kecelaruan pemikiran liberal yang disebarkan oleh Sisters in Islam. Mudah-mudahan mereka ini datang berdialog dan belajar dari para Mufti dan ilmuan Islam yang dapat membimbing mereka dari kesesatan pemikiran liberal yang telah jauh menyeleweng.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi





 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,909
Reaction score
699
Points
121
jgn la macam ni..

jatuh murtad kalau mempermainkan Islam.
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,047
Reaction score
2,960
Points
201
alhamdulillah....

Tahniah lawyer2 syariah....

semoga undang2 Islam lebih gagah lagi selepas ini untuk membawa isu2 agama yang sepatutnya di letakkan di tempat yang paling tinggi...

mereka yang terpesong ni hanya lah sebahagian kecil....

Ayuh bersatu wahai islam....

Allah tidak pernah rugi sedikit pun jika kita tidak membantu agama Nya...tetapi kita lah sebenarnya kerugian yang besar....

Allah akan hantar sesiapa sahaja untuk datang membela agama Nya....

wallhuhalam...
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,970
Reaction score
954
Points
86
Berbeza raut muka lawyer pertahankan Fatwa dan pejuang SIS.
Umpama kawan saya seorang Cina pernah bertanya, kenapa muka orang kuat agama Islam nampak bersih.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register