Kes liwat remaja: Pengawai polis ditahan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM 30 Dis. - Seorang pegawai polis ditahan bagi membantu siasatan kes liwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang pada Isnin lalu.

Pegawai berpangkat Asisten Supritendan berusia 50 tahun itu didakwa meliwat remaja berkenaan kira-kira pukul 11 pagi pada 27 Disember lalu di kompleks sukan terbabit ketika mangsa bekerja sambilan sewaktu cuti persekolahan.

Utusan Malaysia difahamkan, pegawai terbabit dipinjamkan dari Bidor, Perak ke Klang untuk membantu operasi cegah jenayah di daerah ini sejak awal bulan.

Pegawai polis terbabit dikatakan tinggal di asrama berhampiran kompleks sukan berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Isnin lalu, mangsa yang ditemani ibu bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang berhubung kejadian itu.

Berikutan laporan tersebut, pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pegawai polis dia dibebaskan dengan jaminan semalam.

Difahamkan, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 337C Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan seks luar tabii
 
Top
Log in Register