BTC USD 38,768.0 Gold USD 1,819.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Liwat Anwar Kekal Di Mahkamah Sesyen

clairre

Active Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
1,320
Reaction score
69
Points
30
Malaysiakini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.

Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 10 September lalu, hari kes itu disebut, peguam mantan timbalan perdana menteri itu membantah permohonan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut.

Peguam utamanya Sulaiman Abdullah berkata, mahkamah sesyen memenuhi semua keperluan untuk terus mendengar kes tersebut dan menegaskan bahawa hakim SM Komathy Suppiah layak mendengarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Hakim Komathy :)paid:)paid:)paid

Berita Harian:

Mahkamah putuskan sijil pindah kes liwat Anwar tak sah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, petang ini memutuskan sijil untuk memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Sehubungan itu, perbicaraan kes berkenaan akan terus didengar di Mahkamah Sesyen, di sini.

Utusan:

Perbicaraan kes Anwar kekal di Mahkamah Sesyen KL
07/11/2008 4:02pm

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar.

Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu para pemberita bahawa pihaknya pasti membuat dua permohonan iaitu bagi rayuan dan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini. - Utusan

Beriya2 pendakwa nak bawak jugak...kenapa desperate sgt??:(scam
 
Last edited:
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
ape kesannya klu berjaya pindah dr sesyen ke high court?
p/s: CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Politics > Kes Liwat Anwar Kekal Di Mahkamah Sesyen
ni bkn isu semasa ke?:p
 

mido

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
isu semasa nih...

so ini bokti badan kehakiman masih telus dan adil.....
jgn dipolitikkan badan kehakiman
 

clairre

Active Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
1,320
Reaction score
69
Points
30
ape kesannya klu berjaya pindah dr sesyen ke high court?
p/s: CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Politics > Kes Liwat Anwar Kekal Di Mahkamah Sesyen
ni bkn isu semasa ke?:p

bagi aku xlayak masuk isu semasa sebab terang2 awal2 lagi kes ni bermotif politik..hihi:D
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
sebenarnye masih tak telus sebab si ghani petai tu nak jugak masuk campur. Dah org kata jangan masuk jual petai dia nak jugak jual
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
bagi aku xlayak masuk isu semasa sebab terang2 awal2 lagi kes ni bermotif politik..hihi:D

:).. xpe.. nnt pindahkn kt isu semasa k..
sy pn tertunggu2 kesudahan kes nih.. sama seperti kes 98:)
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
ape kesannya klu berjaya pindah dr sesyen ke high court?
p/s: CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Politics > Kes Liwat Anwar Kekal Di Mahkamah Sesyen
ni bkn isu semasa ke?:p

Mungkin ada kesan berbeza, tapi buat apa pindah kalau Hakim S. M. Komathy Suppiah boleh kendalikan dgn baik kes ni nanti!!!! :)
 

clairre

Active Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
1,320
Reaction score
69
Points
30
Mungkin ada kesan berbeza, tapi buat apa pindah kalau Hakim S. M. Komathy Suppiah boleh kendalikan dgn baik kes ni nanti!!!! :)

kalau mahkamah tinggi jawabnya hakim gula2 hacks la..tak pun corect3..hihi..

ni quote komen kat blog DSAI:

I respect the judge but I have a nagging feeling that she will transfer the case to the High Court, perhaps to please her boss, since she has already made several ‘unfavourable’ decisions against the prosecution.
But if she rejects the AG’s certificate of transfer then the judge could be hailed as the greatest woman judge this country has ever known.

Yeah!
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
kalau mahkamah tinggi jawabnya hakim gula2 hacks la..tak pun corect3..hihi..

ni quote komen kat blog DSAI:

I respect the judge but I have a nagging feeling that she will transfer the case to the High Court, perhaps to please her boss, since she has already made several ‘unfavourable’ decisions against the prosecution.
But if she rejects the AG’s certificate of transfer then the judge could be hailed as the greatest woman judge this country has ever known.

Yeah!


Sejak Hakim S. M. Komathy Suppiah handle kes DSAI ni, dan cara dia kendalikan kes ni, aku ada rasa hormat semacam kat Hakim yg sorang ni!
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
kalau mahkamah tinggi jawabnya hakim gula2 hacks la..tak pun corect3..hihi..

ni quote komen kat blog DSAI:

I respect the judge but I have a nagging feeling that she will transfer the case to the High Court, perhaps to please her boss, since she has already made several ‘unfavourable’ decisions against the prosecution.
But if she rejects the AG’s certificate of transfer then the judge could be hailed as the greatest woman judge this country has ever known.

Yeah!
xpn.. not releven:)):eek:..
anwar da merasa thn 98, so dia gn kn pengalaman yg ade sebaiknya.
moga kebenaran n keadilan akan terserlah.. sy sabar menantikn nya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register