Kes liwat: Anwar fail permohonan Qazaf diteruskan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengarahkan tiga responden meneruskan prosiding pertuduhan Qazaf kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau yang memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, di sini menamakan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsudin Husin sebagai responden pertama manakala pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Antara perkara yang dinyatakan dalam notis permohonan termasuk, membenarkan ketua pendakwa menjalankan tanggungjawab untuk failkan pertuduhan kazaf terhadap Saiful dan responden kedua dan ketiga tidak boleh halang responden pertama menjalankan tugas dalam kes berkenaan.

Qazaf ialah tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali menurut Mahkamah Syariah.
 
Top
Log in Register