balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PUTRAJAYA: Seorang lelaki direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin ini, bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran lesen terbang dan gerenti lulus.
Perintah tahanan reman yang bermula semalam itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Putrajaya, Sharifah Fazilah Zulkifli, bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
Suspek yang berusia 45 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM, di sini pagi semalam, untuk memberi kerjasama kepada SPRM menjalankan siasatan.
Difahamkan, suspek juga seorang pekerja di sebuah sekolah memandu di Kuala Lumpur.
Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di mahkamah sambil diiringi dua pegawai SPRM kira-kira jam 4.20 petang, sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Dia yang bergari keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Kelmarin, mahkamah sama turut mengenakan perintah tahanan reman terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 42, untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keslesenterbang/Article/index_html