BTC USD 61,053.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Kematian Paling Ramai Dikalangan Penerima SinoVac - KJ

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Kes Kematian Paling Ramai Dikalangan Penerima SinoVac

Kes ICU dan kes kematian paling ramai adalah dikalangan penerima vaksin SinoVac.

 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Joined
May 6, 2019
Messages
1,421
Reaction score
784
Points
81
KJ pun ambik sinovac aritu.. alhanduliilah dia takde effect apa2.. elok je sihat sampai sekarang

vaccine ni sebenarnya ikut anti body kita, kalau dah tua dan ada sakit kronik.. dekat situ ada risiko yg lagi tinggi

vaccine victim ni ibaratnya mcm ala collateral damage, mmg kita tak nak jadi tapi keadaaan terpaksa

kalau tak vaccine, ada peluang seseorang tu jadi super spreader mcm awal2 pandemic dulu

sebab satu orang je tak sedar dijangkiti virus, habis beribu lagi yang kena

masa tu mmg kita terpaksa pilih, nak selamatkan seorang atau seribu yang lain? kena ingat kita semua ni dalam keadaan darurat

dlm pandemic ni kita tak tau banyak benda lagi.. sbb dia tiba2 datang, sop dgn policy kita pun selalu berubah sbb kita sentiasa dapat maklumat baru .. geng2 lain yg buat kacau pun ramai juga, tu yg jadi tambah masalah
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,289
Reaction score
2,279
Points
201
maksudnya dos ke 3 tuk penerima sinovak je aa kot
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
K'jaan kaji suntikan Sinovac, pastikan semua vaksin Covid-19 berkesan

story-image
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa semua vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sangat berkesan untuk mencegah kematian dan penyakit teruk akibat jangkitan berkenaan.

Namun, katanya, KKM melakukan kajian lebih lanjut mengenai vaksin Sinovac, termasuk kemungkinan memberikan suntikan penggalak bagi penerima.

Ini selepas kementerian mengumumkan hasil kajiannya semalam, yang mendapati vaksinasi penuh mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus.

Di kalangan individu yang dijangkiti, ia mengurangkan risiko kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kematian sebanyak 88 peratus, berbanding dengan individu yang tidak divaksinasi.

Bagaimanapun, prestasi vaksin Sinovac - walaupun tinggi - ketinggalan berbanding vaksin dari Pfizer dan AstraZeneca.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Khairy berkata perkara itu perlu dikaji lebih teliti untuk menentukan sama ada perbezaan itu disebabkan oleh vaksin itu sendiri, atau faktor lain.

"Kita kena buat kajian yang lebih mendalam untuk menentukan sama ada ia adalah disebabkan oleh jenis vaksin ataupun perkara-perkara lain seperti maklumat berkenaan dengan patient (pesakit) tersebut, ataupun waktu mereka dijangkiti sama ada penularan varian of concern dan sebagainya.

"Jadi, analisis yang lebih luas ini sedang dilakukan sekiranya didapati bahawa antara sebab adalah jenis vaksin, maka kita akan mengambil kira perkara tersebut dalam pemberian dos penggalak.

"Tapi buat masa ini, saya rasa yang penting adalah semua vaksin dalam portfolio Malaysia berkesan dan telah mengurangkan kematian dan kemasukan ICU. Itu adalah perkara yang paling penting, โ€katanya.

Perbezaan antara vaksin

Semalam, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan Dr Kalaiarasu Peariasamy memberitahu taklimat kepada media bahawa vaksin AstraZeneca mengurangkan risiko kemasukan ICU sebanyak 96 peratus, Pfizer 92 peratus dan Sinovac 77 peratus.

Berkaitan kematian akibat Covid-19, vaksinasi penuh dengan vaksin AstraZeneca mengurangkan risiko sebanyak 96 peratus, Pfizer sebanyak 93 peratus, dan Sinovac sebanyak 84 peratus.

Bagaimanapun, angka itu memiliki selang keyakinan (confidence interval) yang bertindih dengan AstraZeneca - bermakna perbezaan antara dua jenis vaksin itu kecil.

Sebagai tambahan, Kalaiarasu berkata vaksin AstraZeneca terutama diberikan kepada individu pada usia dewasa, manakala vaksin Pfizer dan Sinovac diberikan kepada populasi yang lebih rentan.

Penilaian Dunia Nyata (Real-world Evaluation) Vaksin Covid-19 di bawah kajian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia (Recovam) dilakukan pada kes yang direkodkan dari 1 April hingga 12 September.

Ini bertepatan dengan tempoh di mana varian Beta yang sangat tahan vaksin di Malaysia kemudiannya dikuasai oleh varian Delta yang sangat mudah dijangkiti pada bulan Julai lalu meskipun kurang tahan terhadap imuniti yang disebabkan oleh vaksin.

Ini bererti kebanyakan kes dalam kajian ini adalah kes varian Delta, dengan melihat kepada lonjakan jumlah kes setelah kedatangan varian berkenaan.

'Dos ketiga' vs dos penggalak'

Sementara itu, Khairy memberitahu sidang media bahawa garis panduan klinikal untuk pengambilan suntikan penggalak dan dos ketiga masih disusun, yang dirancang dilaksanakan dalam bulan Oktober.

Dia juga menjelaskan perbezaan antara "dos ketiga" dan "dos penggalak".

Khairy menjelaskan "dos ketiga" merujuk kepada dos tambahan vaksin yang diberikan kepada individu di mana dua dos vaksin tidak menckupi untuk mendapatkan tindak balas imunisasi bagi melindungi diri daripada Covid-19.

Manakala "dos penggalak, merujuk kepada dos vaksin tambahan yang diberikan kepada individu yang mana dua dos sudah cukup dari segi respons imunisasi namun dalam beberapa bulan, ia mulai menurun.

Katanya, dos penggalak akan diberi sebagai perangsang kepada sistem imunisasi supaya ia lebih berkesan terhadap Covid-19.

Khairy berkata, Pfizer telah membuat permohonan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi ketiga dan dos penggalak dan akan diluluskan secepat mungkin.

"Sekarang ini kita sedang membangunkan garis panduan berkenaan dengan perlaksanaan pemberian dos ketiga dan juga dos penggalak yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat JKJAV yang akan datang.

"Saya yakin bahawa kita akan mula memberi dos yang ketiga dahulu, selepas itu dos penggalak bermula daripada bulan depan apabila kita sudah dapat pandangan dan juga panduan clinical guidelines daripada pakar, dan yang ketiga, kita telah buat pendaftaran bersama dengan NPRA," katanya.

Katanya lagi, KKM masih mengkaji kemungkinan memberikan suntikan penggalak bagi vaksin yang berbeza daripada yang digunakan bagi suntikan pertama.

[Baca berita penuh]
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Vaksin lebih berkesan di UAE
4-BC22-CA3-3-CBF-4-F31-BDD3-E12-F002-C763-F.jpg


Kalu kita lihat statistik di china pun sinovac hanya merekod kan sedikit saja kes
BAAD3371-3875-4963-B171-6-F77-F4-A28489.jpg


Ini menunjukkan kobid cenderung suka kepada warga negara malaysia ๐Ÿคช
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register