BTC USD 62,081.4 Gold USD 1,767.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes kematian Aminulrasyid: Tembakan ‘arah’ perlahan kereta

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/10-SHAH ALAM: Seorang polis memberitahu mahkamah semalam, beliau melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kanan kereta dipandu Aminulrasyid Amzah dengan niat memperlahankan kenderaan itu dan menghentikannya.

Konstabel Mohd Izham Mahayidin dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, berkata beliau perlu berbuat demikian bagi mengelak Aminulrasyid terus membahayakan kereta peronda polis yang mengejarnya dan pengguna jalan raya lain dalam kejadian pada awal pagi, 26 April lalu.
Mohd Izham berkata, beliau melepaskan tembakan itu ke arah tayar belakang kanan kereta Proton Iswara putih dipandu Aminulrasyid di bulatan Kayangan di sini dan tembakannya selesai di bulatan itu saja.
“Ketika memasuki Jalan Tarian 11/2, kelajuan kereta 60 hingga 70 kilometer sejam k/j. Saya dan Koperal Azhar hanya mengekori kereta berkenaan dari belakang kerana rasa kereta itu akan terbabas memandangkan ia terhuyung-hayang dan tidak dapat dikawal lagi.

“Tangki minyaknya bocor dan tayar belakang kanan (kena tembakan) sudah kempis. Bagaimanapun sebaik kereta berjalan di hadapan sedikit, saya terdengar beberapa das tembakan secara berturutan kemungkinan dari arah belakang sebelah kiri kami,” katanya.

Mohd Izham berkata, ketika itu beliau terkejut mendengar bunyi tembakan yang kuat dan apabila menoleh ke belakang ternampak kereta peronda kedua (dinaiki tertuduh, Koperal Jenain Subi) berada di kiri belakang keretanya.

Katanya, beliau tidak pasti siapakah melepaskan tembakan, tetapi bunyi tembakan itu laju dan berturutan, berhenti sekejap dalam satu atau dua saat, sebelum berturutan semula.
“Saya anggarkan lebih 10 das tembakan dilepaskan antara 15 hingga 20 saat,” katanya.

Menjawab pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Mohd Izham, berkata beliau tidak menyangka tembakan masih dilepaskan ke arah kereta dipandu Aminulrasyid walaupun kenderaan itu sudah terhuyung-hayang.

Beliau memberikan keterangan terhadap Jenain, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, jam 1.10 pagi, 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Perbicaraan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Mohd Tahar bersambung hari ini.

INFO;Berita Harian
 

CG Sponsors




Top
Log in Register