BTC USD 63,460.7 Gold USD 1,770.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes kematian Aminulrasyid: 'Kereta dipandu agresif'

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11
Polis sangka Aminulrasyid baru lakukan kes jenayah: Saksi

SHAH ALAM: Pemanduan remaja berusia 15 tahun yang mati terkena tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, dalam kejadian awal pagi 26 April lalu, sangat agresif sehingga polis menganggapnya baru saja melakukan jenayah samun atau pecah rumah, Mahkamah Sesyen di sini diberitahu, semalam.
Konstabel Mohd Izham Mahayadin, daripada Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, berkata kereta Proton Iswara Aeroback berwarna putih yang dipandu Aminulrasyid sangat agresif dengan menghimpit kereta peronda polis agar tidak dapat memintasnya, selain turut melanggar enam lampu isyarat merah.
Mohd Izham berkata, beliau dan rakannya, Koperal Azhar, yang menaiki kereta peronda polis jenis Proton Waja 1.6, tidak dapat memberhentikan kereta itu dan terpaksa melakukan hebahan menggunakan radio polis untuk meminta bantuan daripada kereta peronda lain yang berhampiran.

“Kereta itu menunjukkan pemanduan yang amat agresif, sebelum ini saya pernah mengejar kereta lain tetapi ini (kereta dipandu Aminulrasyid) yang paling agresif.

“Selalunya kereta lain apabila dikejar, dia lari tetapi akhirnya pemandunya pasti akan memberhentikan kereta,” katanya ketika disoal balas peguam, M Athimulan yang mewakili tertuduh, Koperal Jenain Subi.

Katanya, beliau perlu menahan dan menghentikan kereta itu bagi mengelakkan ia membahayakan nyawa anggota polis kereta peronda yang mengejar kenderaan berkenaan dan pengguna jalan raya lain.
Disoal Athimulan, Mohd Izham setuju dalam keadaan kereta Aminulrasyid yang dipandu laju dan melanggar lampu isyarat, jika tidak dihalang serta ditahan, ia mungkin memberikan kecelakaan atau kemalangan kepada orang ramai.

Mengenai tembakan dilakukannya pada tayar belakang sebelah kanan kereta dipandu Aminulrasyid ketika di Bulatan Kayangan, Mohd Izham berkata, beliau
berbuat demikian bagi memperlahankan dan memberhentikan kenderaan itu.

“Saya tidak menembak ketika di jalan lurus kerana posisi untuk menembak kenderaan itu tidak jelas kerana pemandunya memandu secara ‘zig zag’ dengan menghimpit ke kiri dan ke kanan.

“Jadi saya mencari posisi kenderaan yang sesuai untuk menembak, maksudnya yang hampir dan mudah untuk saya melepaskan tembakan supaya tidak membahayakan pemandu kereta itu serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Mohd Izham berkata, tembakan dilepaskannya bukan bertujuan untuk membunuh atau menganiaya seseorang tapi sebaliknya untuk memperlahankan dan memberhentikan kereta berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung 14 Disember ini.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
keter leh beli. camera kereta takleh beli.
bila bicara sumer guna mulut..
sapa pandai cakap menang.
 

jebatz

Active+ Member
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
“Kereta itu menunjukkan pemanduan yang amat agresif, sebelum ini saya pernah mengejar kereta lain tetapi ini (kereta dipandu Aminulrasyid) yang paling agresif.


ntah ye ntah tidak...mengakal juga polis ni..:D:D:D kat suratkhabar semalam kata ada 2 kereta peronda yg follow iswara ni..kereta pronda ke2 yg tembak bertalu2 kat iswara tu yg menyebabkan budak tu mati
 

aweks88

Junior Member
Joined
Aug 6, 2010
Messages
55
Reaction score
0
Points
6
macam2 cara dia buat tuk bela diri. Mahkamah sini boleh la putar alam...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register