BTC USD 49,153.0 Gold USD 1,779.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes kecurian mikrocip bernilai RM48 juta selesai

underscore

Legendary Member
Messages
12,012
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,012
Reaction score
4,436
Points
206
Kes kecurian mikrocip bernilai RM48 juta dari kompleks kargo udara selesai
12/12/2008 2:24pm

PULAU PINANG 12 Dis. — Kes kecurian mikrocip milik sebuah syarikat multinasional yang dilarikan dari sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara di Batu Maung dua tahun lepas, telah pun diselesaikan dengan lapan lelaki dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, polis berjaya menahan lapan lelaki tempatan yang mengakui terlibat dalam kecurian itu tetapi tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka di mahkamah.

Sehubungan itu, polis menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka selama dua tahun di Simpang Renggam sebagai tindakan pencegahan, katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Lim mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk industri dan polis bagi mencari kaedah menghadapi kesan ekonomi yang tidak menentu pada tahun depan.

Bagaimanapun, Salleh berkata, semua mikrocip bernilai RM48 juta milik Intel itu tidak dapat ditemui semula kerana dipercayai telah dibawa ke luar negara.

- Bernama

kemungkinan hilang sebab ada udang dibalik mee.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register