Kes kanser meningkat: Dr Noor Hisham

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


DR Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan mengikut keutamaan ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari dalam kalangan rakyat bagi tempoh 2012 hingga 2016.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya mendapati terdapat peningkatan kes baharu membabitkan kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 iaitu 115,238 kes berbanding dengan 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Beliau berkata, peningkatan itu diukur dengan kadar insiden sebanyak 86 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki dan 102 kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan.

“Semua maklumat terbabit diperoleh daripada laporan lima tahun kedua, Malaysia National Cancer Registry Report 2012 - 2016 (MNCRR) yang menjadi kesinambungan kepada laporan pertama MNCRR 2007 - 2011 yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Institut Kanser Negara.

“Kanser menjadi penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018 yang menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16,000 kematian di Malaysia.

“Analisis mendapati ramai lelaki menghidap kanser kolorektal diikuti kanser paru-paru dan kelenjar prostat. Manakala dalam kalangan perempuan ialah kanser payudara diikuti kanser kolorektal dan pangkal rahim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, leukemia dan kanser sistem saraf tunjang paling kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak berusia kosong hingga 14 tahun manakala limfoma dalam kalangan remaja berusia 15 - 24 tahun.

Beliau berkata, kanser pangkal rahim pula menunjukkan penurunan ketara iaitu daripada lapan kes kepada enam kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan di Malaysia.

“Penurunan ini berkemungkinan disebabkan oleh kempen pengesanan awal melalui ujian pap smear yang disediakan oleh kerajaan di semua fasiliti kesihatan. Bagaimanapun, terdapat peningkatan insiden yang ketara pula dilihat untuk kanser payudara dan kolorektal.

“Selain itu, terdapat kes kanser yang dikesan lewat pada tahap tiga dan empat didapati meningkat dari 58.7 peratus pada tahun 2007 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada tahun 2012 hingga 2016 yang didedahkan melalui kajian ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ yang diterbitkan pada Oktober 2018.

“Secara keseluruhan, kementerian merumuskan terdapat peningkatan beban kanser dalam kalangan penduduk Malaysia,” katanya.


 
Sponsored Post

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,250
Reaction score
75
Points
80
makan byk bahan pengawet dlm tin
sayur dan buah2an beracun tinggi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register