Kes jenayah menjadi-jadi,UKM digesa tingkatkan keselamatan

CG Sponsors

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Kejadian kes kecurian semakin menjadi-jadi di dalam kampus. Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan ianya berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Kejadian tersebut dilaporkan akhbar Kosmo! yang menyiarkan berita mengenai kehilangan komputer riba milik seorang pelajar selepas biliknya di Kolej Keris Mas dipecah masuk semasa beliau sedang berada di bilik air.

Sebelum ini, banyak kes jenayah yang dilaporkan berlaku di kampus berkenaan termasuklah rogol, orang minyak, kecurian motorsikal dan yang terbaru, kecurian komputer riba.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menyifatkan kejadian jenayah lebih kepada kawalan keselamatan yang longgar di samping ciri fizikal kolej kediaman yang memudahkan penjenayah sama ada orang luar atau mahasiswa sendiri, untuk melakukan jenayah tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah, isu keselamatan harta dan diri mahasiswa perlu ditangani segera memandangkan mahasiswa kini sedang bergelut dengan musim peperiksaan akhir semester.

Jelasnya, GMUKM menuntut pengembalian semula komputer riba milik seorang mahasiswa yang dirampas pada 4 Mac lalu telah berjaya walaupun diugut dan dipermainkan oleh pihak pentadbiran universiti iaitu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri.

Katanya, kes yang sama juga sudah banyak kes ini dilaporkan tetapi tiada tindakan penyelesaian diambil oleh pihak berkuasa.

GMUKM katanya, mencadangkan agar kawalan keselamatan dipertingkatkan lagi dan satu pos polis bergerak perlu diwujudkan di kampus bagi membantu pengawasan terhadap penjenayah di samping dapat memberi latihan secara tidak formal kepada kadet SUKSIS yang bersifat ala polis.

“Sepatutnya isu keselamatan mahasiswa perlu menjadi fokus utama pihak keselamatan dan bukannya isu gerakan mahasiswa kerana ia melibatkan tanggungjawab manakala persatuan mahasiswa yang dipegang oleh pihak Aspirasi sekarang ini perlu mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan pencegahan jenayah kepada mahasiswa�, ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Mahasiswa UKM.

“Kanun Jenayah kita telah memberi hukuman tegas ke atas jenayah curi ini tetapi malangnya, kerana ketiadaan kesedaran moral dan undang-undang, perlakuan ini dianggap biasa dan pejenayah ini lebih berani untuk mencuri hatta di siang hari,”katanya lagi.

Tambahnya lagi, kebajikan mahasiswa yang menjadi mangsa perlu dijaga oleh pihak berautoriti dalam bentuk pampasan mahupun kaunseling agar mereka terus bersemangat untuk belajar di kampus ini.

“Kesan daripada senario ini adalah pelajar siswi mengambil langkah menyewa rumah di luar kampus yang mana tindakan tersebut hakikatnya lebih merbahaya dan berisiko tinggi. “Apa yang perlu diperbetulkan di sini ialah sistem penyampaian aduan kolej yang tidak berkesan dan korupsi, bukannya mengambil langkah drastik keluar dari kolej dan menyewa di luar kampus,”tegasnya.
 
Sponsored Post

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,193
Reaction score
93
Points
80
keris mas.. kolej bilik kecik sewa mahal...
 
MoshedFX

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
8,374
Reaction score
89
Points
70
keris mas.. kolej bilik kecik sewa mahal...
sebab swasta tu...hurmm..kalu yg Universiti punya..suka tendang orang keluar..cett
 
klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
urm nie atass keselamatan untuk diri sendiri.. yang pentig kena peka dgn keadaan sekeliling
 
skyinfected

Fun Poster
Joined
Nov 18, 2008
Messages
397
Reaction score
0
Points
15
macam-macam org sangup buat untuk dapat duit dengan mudah..hmm
 
EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
92
Points
120
erm... dah laa kualiti pendidikan menurun... kualiti keselamatan pun turut menurun ?
 
emasstech

Active+ Member
Joined
Sep 19, 2007
Messages
3,794
Reaction score
71
Points
30
Huhuhuhu..teringat kes aku dulu tahun 1999...huhuhuh...bilik aku kena masuk pencuri waktu aku pergi mandi...waktu pagi tu dalam 10 pagi rasanya...kejadian di Kolej UNgku Omar

barnag yang hilang ...H/s baru beli ..waktu tu h/s baru nak berkembang...so kira antara pioneer la pakai h/s....charger pon dia sekali angkut.....dompet aku dalam suar pon dia tibai...huhuh nasib aku pakai Desktop...kalau tak laptop abiss dah tu

Yang tak beshnnya...aku tersimpan no pin kad..huhuhuh mampuss...2K dia kuarkan...ayarkkkk...1st PTPTN aku tu...abiss camtu jek

last2 buat report kat polis..masa tu balai ponn kat rumah kedai kat fasa 1.....lepas sehari dua...dapat mesej dari keselamatan UKM...kata IC aku dan semua la lesen pebenda ada org jumpa di Tol bandar baru bangi...huhuhuh..bukan aku sorang jek akau nengok...banyak IC..

Pergi follow up ka bank ...kononya nak nengok la gambar CCTV...tapi hampehh..ATM dia cucuk tu di hitachi...takder CCTV

huhuh...tapi betul laa...masa aku duk sana..banyak kes kecurian la...bukan kolej aku jek..tapi banyak kolej gak...
 
capucinno87

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2008
Messages
548
Reaction score
14

brani plk si pencuri mencuri di siang hari..
mesti dah lama die check line tu..
clear jer terus pergi..
mybe org dlm jgk..
just my sen..bukn nk tuduh..huhu..
 
naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
betul gak..kdg2 student gak yg curik ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register