Kes dakwaan ajak Daphne Iking bersetubuh didengar semula 19 Februari

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan kes saman peribadi berhubung dakwaan memikat model dan pengacara TV Daphne Iking disebut semula 19 Februari depan.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh itu hari ini setelah dimaklumkan peguam Akhbardin Abdul Kader bahawa pihak mereka masih belum menerima rekod rayuan tambahan daripada perayu, Darren Choy Khin Ming.

Choy, 44, ahli perniagaan, telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos tahun lalu terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonannya supaya kes saman peribadi itu didengar di hadapan majistret lain.

Bekas suami model itu, Ryan Chong, telah mengemukakan saman peribadi tersebut terhadap Darren kerana memikat Iking, 30, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pada Ogos tahun lalu, Majistret Mohd Faizi Che Abu telah membenarkan Chong mengemukakan saman peribadi itu setelah pihak pendakwaraya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Darren atas alasan ia adalah isu peribadi antara suami dan isteri.

Pada 9 Disember lalu, Choy memohon supaya Majistret Mohd Faizi menarik diri daripada mendengar kesnya bagi mengelak berlaku prejudis kerana majistret tersebut telah mengambil aduan daripada Ryan sebelum ini.

Choy turut memohon untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi tujuh soalan perlembagaan bagi menentukan sama ada prosiding saman peribadi terhadapnya adalah sah dari segi perlembagaan.

Iking berkahwin dengan Chong, 31, pada 27 Januari, 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Isobel Daniella, berusia dua tahun.

Pasangan itu bagaimanapun telah bercerai tahun lalu. - Bernama


 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,213
Reaction score
1,116
Points
201
OOO patut la dorang bercerai...huhuhu... barang baekkk sape x mau... Saya mesti piley.... kekekekkek
 

alia_angel

Super Active Member
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
rupanya khwn dgn cina....
selama nie sye ingatkan daphne nie khwn dgn nazri pengacara ntv7....
 

emoney

Super Active Member
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
aPA NAK HERAN....~X:)(scam
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,486
Reaction score
38
Points
80
la dah bercerai daphne iking ni..biasalah peremmpuan tak setia..hanya setia pada duit aje
 
Sponsored Post
Top
Log in Register