BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,248
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,248
Reaction score
1,339
Points
201
Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah..
FB_IMG_1635830900403.jpg


Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM didapati bersalah menyebabkan mencederakan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM didapati bersalah menyebabkan mencederakan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menyatakan perkara itu, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.
Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.
Mereka iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
 
Sponsored Post

Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu

KUALA LUMPUR: Ibu dan bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.28 pagi tadi.

Zulkarnain Idros yang ditemani isterinya Hawa Osman sempat berkata sesuatu kepada media sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Mereka berdua mengenakan baju sama yang tertera perkataan antaranya "#justice4farhan".

Ketika ditanya pemberita, mereka berkata hanya mahukan pembelaan terhadap kematian anak mereka Zulfarhan Osman.

"Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin.

"Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata ibu arwah, Hawa Osman.


Bapa Allahyarham, Zulkarnain pula berkata kes anaknya yang berlanjutan sehingga empat tahun membuatkannya mengalami sakit jantung kerana terlalu penat.

"Selama empat tahun saya ulang alik mahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami sakit jantung oleh kerana terlampau penat," ujarnya.



Nasib 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui hari ini sama ada mereka didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi pada Selasa.

Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Oktober 2019.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register