BTC USD 22,748.0 Gold USD 1,922.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes bunuh: Suami isteri ditahan

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Polis semalam menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes bunuh dua lelaki yang mati ditembak di Jalan Tebing Runtuh di Nusajaya pada Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki yang ditahan itu berusia 55 tahun manakala isterinya berumur 44 tahun, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Nusajaya pada pukul 3 petang.

"Suspek ditahan berhubung kes pembunuhan dua lelaki itu dan mereka kini direman sehingga 11 Disember ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang kontraktor, B. Saravanam, 39, dan seorang pengurus R.Vesvanathan, 43, mati selepas ditembak di badan dan kepala pada jarak dekat pada pukul 3.30 petang.

Mangsa dipercayai baru mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar gaji pekerja.

Mohd. Mokhtar berkata, polis masih memburu empat lagi suspek berhubung kes itu.

Sehingga kini, katanya, polis telah menahan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 22 tahun yang ditahan malam kelmarin.

"Kita berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan polis berusaha mengesan kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register