Md Hanif
Active Member
- Messages
- 2,243
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 2,243
- Reaction score
- 147
- Points
- 38
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai pada hari kejadian.
Saksi pembelaan ke-10 itu berkata dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu, dan tidak membelasah sesiapa yang melakukan perbuatan mencuri.
"Saya tidak melihat sesiapa yang membelasah mangsa dan saya sendiri pun tidak melakukan perkara itu," katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Kamarudin Mohmad Chinki pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Pada 28 Feb lepas Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lepas.
Menjawab soalan Kamarudin adakah tertuduh kelapan itu tahu mangsa dicederakan daripada 9 malam, 21 Mac hingga 7.35 pagi, 22 Mac tahun lepas, dia berkata mangsa tidak dicederakan dan dia melihat mangsa dalam keadaan normal, ketika tertuduh keluar dari bilik asrama 5 Belian.
Kamarudin : Apa maksud kamu normal?
Tertuduh kelapan: Dia masih mampu berdiri sendiri dan seperti biasa.
Semasa pemeriksaan semula, tertuduh kelapan tidak bersetuju dengan soalan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa saksi pendakwaan ke-17, 16 dan 12 melihat dia serta rakan-rakannya membelasah mangsa antara 9 malam pada 21 Mac hingga 7.35 pagi, 22 Mac tahun lepas.
Terdahulu dalam pernyataan saksi, tertuduh kelapan berkata dia hanya menolak mangsa sewaktu berkumpul beramai-ramai di bilik asrama 5 Belian.
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh Tidak Nampak Mangsa Dibelasah
Mahkamah Tinggi, kolej vokasional, bunuh, pelaja
