BTC USD 85,275.3 Gold USD 3,319.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Bunuh Kolej Vokasional: Tertuduh Libas Wayar Pengecas Telefon Ke Arah Mangsa

combat13

Active+ Member
Messages
3,616
Joined
Dec 18, 2007
Messages
3,616
Reaction score
133
Points
33
065c0f1b1c98a3f473e8ec4789a212d867d3036c15381.jpg


Tertuduh keempat dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

Bagaimanapun, saksi pembelaan ke-11 itu semasa pemeriksaan balas peguam Abdul Ghani Zelika memberitahu wayar itu tidak mengenai mangsa sebaliknya terkena tangan tertuduh kelima.

Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol, tertuduh keempat itu juga menafikan ada membelasah Mohamad Nazmie Aizzat namun mengakui menolak belakang mangsa sewaktu berada di bilik asrama 5 Belian.

Abdul Ghani: Kamu marah atas dasar apa?

Tertuduh keempat: Ijat mencuri duit saya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, tertuduh keempat itu memberitahu mahkamah bahawa duitnya yang hilang berjumlah RM35 serta mengakui telah menerima RM37, melebihi daripada jumlah wang yang hilang.

Nur Nisla: Setuju atau tidak, pada masa itu kamu gembira sebab duit kamu yang hilang dah cukup jumlahnya, malahan berlebih lagi.

Tertuduh keempat: Setuju.

Tertuduh keempat itu juga bersetuju dengan cadangan Nur Nisla bahawa dia tidak melihat mangsa mencuri duitnya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register