BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kes buli lagi - ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior

seterika dgn UPNM berpisah tiada..

patut pengurusan UPNM haramkan ja dr student bawak seterika ni..biaq masuk klas bj ka tudung kedut..nk baju/tudung/uniform kemaih, pi hntq dobi

b0dd0w..seterika utk iron kain tp depa pi iron kulit kawan
pelajar awam dibawah pengurusan UPNM sendiri.

pegawai kadet UPNM di bawah seliaan ALK ATM.
 
Sponsored Post

Pegawai Kadet Mengaku Tidak Bersalah Dera Junior

08.11.2024 - Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior. Tertuduh, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Egusra Ali. Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, Amirul Iskandar didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada pukul 11.45 malam di ALK UPNM, Kem Sungai Besi di sini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatana atau mana-mana daripada dua hukuman berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman pada mulanya menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin berikutan jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan. Katanya, Mangsa telah mengalami kecederaan lecur tahap kedua di bahagian kanan dada.

“Selain itu, perbicaraan kes ini bakal membabitkan saksi rakan seasrama, jurulatih dan kes berkepentingan awam akan menjadi panduan kepada pelajar lain iaitu kesalahan membuli, bukan sahaja hukuman tetapi ikat jamin juga tinggi supaya peruntukan undang-undang ini tidak dipandang rendah sebagai peruntukan kesalahan ‘non bailable offence’,” katanya.

Mohd Sabri turut memohon arahan tambahan supaya tertuduh tidak mendekati dan mengganggu saksi-saksi kes. Amirul Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah dengan alasan ibu bapanya adalah pesara kerajaan dan dia sendiri masih belajar.

“Saya berjanji akan hadir pada setiap kali perbicaraan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin dengan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes. Ibu dan bapa tertuduh hadir untuk membayar jaminan. Terdahulu, tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pukul 9.47 pagi tadi dengan berkemeja putih dan bergari serta diiringi anggota polis.
1731043736768.png
 
hasil kajian kwn
utk kesalahan kekerasan mcmni
jgn penjarakan di penjara biasa

bina penjara aka kem pemulihan di sempadan negara

disamping hukuman penjara yg mana mkn, minum ada sponsorship
buat kerahan di barisan hadapan

kena bijak utk memaksimakan "modal insan" yg ada

dr bazir bg mkn, minum free

bg diorg pertahankan perbatasan negara - jiwa pun keras tu - agi idop agi ngelaban
 
Last edited:
noh kene buang siap kne bayar lg...bagus2 aku sokong benda ni..balik kg kje2 sndri je la...tu la mse elok2 dpt masuk blajar nk jd kapla...kan dah x memasal kne buang..elok2 esok dah grad bleh jd pegawai,skrg pandai2 la bwk diri

aku dulu masa blaja kat U duduk jgk sbilik dgn senior.tp xde plak kes buli2 ni sebab masing2 dah matang bukan bdak skolah lg..ni nama je masuk U tp prangai mcm bdak skolah lg
 
ada kes kematian da pon.. masing3 tak serik3

sepatutnya bila dah ada kes kematian.. pihak university kene update sop berkaitan disiplin ..

pe tindakan drastik jika dpt report
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register