BTC USD 97,395.3 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kes buli lagi - ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,779
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,779
Reaction score
4,316
Points
266
Awards
1


ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior​

31 Oktober 2024 12:22am

2869235.jpg

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

ATM dalam kenyataan malam Rabu mengesahkan kejadian itu melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Menurut kenyataan itu kes berkenaan sedang disiasat di peringkat ALK-UPNM.

"ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

"Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” menurut ATM.

ATM menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara itu secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Selain itu, masyarakat juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan tersebut.
"Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Sebelum ini negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Susulan kes yang berlaku pada 2017 itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lepas selepas didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.- Bernama
 
Sponsored Post

Pegawai kadet UPNM ditekap seterika: ATM sahkan kes sedang dalam siasatan​

31 Oct 2024 3:09 pm

2869585.jpg

Mohammad Ab Rahman (kiri), Laporan Sinar Harian.


SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan mengenai kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang didakwa menjadi mangsa buli dan dera oleh penuntut senior.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan siasatan terperinci sedang dilaksanakan.

"Siasatan sedang dijalankan dan biar proses ini berjalan.

"ATM memandang serius isu sebegini dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dengan kes berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, ATM dalam kenyataan memaklumkan kejadian membabitkan pelajar kadet yang disyaki dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

ATM turut menyatakan tindakan disiplin yang keras mahu pun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah.

Pada masa sama, ATM menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara itu secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Masyarakat juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan tersebut.

Pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang cedera apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Berikutan itu, enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu selepas didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.
 
rasanya UPNM ni je yg ada kes tekap seterika. ya allah seksanya kena macam tu. tak pernah lagi dengar kes buli sampai tekap seterika kat uni lain.

mungkin senior tu nak ikut mcm jejak pembuli Zulfarhan agaknya.

tapi x kan lah dia ingat dia boleh lepas. masing2 dah besar kot. bukannya x boleh buka mulut. lagi2 zaman skrg ni. senang je nak viral.
 
Lepas kes dulu tu apekah penambahbaikan yg dilakukan bagi memastika perkara xberulang?

xambil iktibar lagi...

buat weekly body check la..dan whistle blower...ni yg terlepas ke media..yg lain2 tu...

sinonim sgt askar dgn ragging/buli kan? masa latihan dan kena lanyak..dalam dorm kena lagi dgn senior..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register