BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Anak Menteri Ugut Wanita Di Rujuk Timbalan Pendakwa Raya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
09.01.2025 - Kertas siasatan membabitkan seorang wanita diugut anak menteri telah lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di negara ini.

“Polis sudah merakam percakapan semua pihak yang terlibat dan kertas siasatan dirujuk kepada TPR pada 6 Januari lalu selepas laporan polis dibuat oleh pengadu 1 Januari lepas. Pihak pendakwaan mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut anak menteri terbabit,” katanya.

Razarudin memberitahu, siasatan awal mendapati anak menteri itu sudah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung seperti yang tular pada September lalu. Justeru, katanya, PDRM sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan yang dibuat.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapapun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ia membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka. Siasatan adalah telus dan pihak polis akan mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” ujarnya.

Terdahulu tular di aplikasi Telegram kes membabitkan anak menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu. Insiden itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Butterworth, Pulau Pinang pada 24 Disember lalu. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
1736419357502.png
 
Sponsored Post

Tiada Siapa Kebal Undang-Undang, Termasuk Anak Saya - Saifuddin

11.01.2025 - Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan anaknya tidak kebal undang-undang. Katanya sebarang siasatan polis melibatkan anaknya mesti dilakukan secara telus dan adil.

"Anak saya tidak mengatasi undang-undang. Kalau ada laporan ke atasnya, tanggungjawab polislah untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya," katanya semasa lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Kenyataan menteri itu dibuat susulan satu kes yang tular di media sosial baru-baru ini, melibatkan dakwaan ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri kabinet.

"Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini, kertas siasatan sudahpun disempurnakan dan sudahpun diserahkan kepada peguam negara.


Tiada Kompromi - Polis

"Jadi jika ada asas, biarlah due process (proses undang-undang) mengambil tempat. Tetapi prinsip yang saya berpegang, kita semua tidak kebal undang-undang termasuk anak saya sendiri," kata Saifuddin lagi.

Polis pada Khamis mengesahkan kertas siasatan kes tersebut telah disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata siasatan itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 6 Januari, susulan laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari. Tegasnya, polis tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kesalahan.

99d1bc2efabe0da307bf9a97e5791019.jpg


"Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu. Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi membantu siasatan yang dibua" kata Razarudin.

Ketua polis juga berkata pihak pendakwaan mengarahkan pegawai penyiasat mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut oleh anak menteri berusia di penghujung 20-an itu. Katanya, siasatan awal mendapati anak menteri itu sudah bernikah dengan wanita itu. Pengadu membuat laporan polis pada 1 Januari lalu dan siasatan dibuat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan ugutan jenayah.

f06467d8020d250a829820bdd482322d.jpg


Pada 7 Januari pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin yang dikenali Chegubard mendakwa seorang anak menteri merogol seorang wanita dan akan membuat laporan polis. Bagaimanapun, dia membatalkan hasrat itu atas alasan pengadu menarik balik laporan polisnya. Pada masa sama, saluran Telegram pembocor maklumat kontroversi Edisi Siasat berkongsi dakwaan salinan teks laporan polis mendakwa anak menteri itu memaksa seorang wanita menggugurkan kandungannya. Anak menteri itu juga didakwa cuba menendang perut wanita itu tetapi tidak kena.

Malaysiakini telah menghubungi lelaki itu dan masih menunggu maklum balasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/731343
 
Kalau kes dah lama, sukar nak buktikan perogolan bagi mangsa atas 20 tahun. Biasanya suka sama suka aka zina. Kena tunjukan bukti kekerasan pada mangsa. Lebam luka dan sebagainya.
Kena buktikan ugutan lagi. Mangsa kena cari saksi. Kalau musuh politik bantu wujudkan saksi pun boleh jer.... zaman ada duit semua boleh jadi tapi..... ini tidak akan menjatuhkan Saifudin sebab yang buat onar anak dia.

CikguBard buang masa jer kalau nak ambik kesempatan atas kes ni
 
Kalau kes dah lama, sukar nak buktikan perogolan bagi mangsa atas 20 tahun. Biasanya suka sama suka aka zina. Kena tunjukan bukti kekerasan pada mangsa. Lebam luka dan sebagainya.
Kena buktikan ugutan lagi. Mangsa kena cari saksi. Kalau musuh politik bantu wujudkan saksi pun boleh jer.... zaman ada duit semua boleh jadi tapi..... ini tidak akan menjatuhkan Saifudin sebab yang buat onar anak dia.

CikguBard buang masa jer kalau nak ambik kesempatan atas kes ni
Netizen bodo mane kire semua ni...
Semua rogol,same je semua... 🤣
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register