BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes ahli politik didakwa tunjuk pistol, polis rakam keterangan 8 saksi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,278
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,278
Reaction score
1,507
Points
201


Kes ahli politik didakwa tunjuk pistol, polis rakam keterangan 8 saksi

Ipoh: Lapan saksi sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes yang tular mendakwa calon pemilihan parti PKR Cabang Tambun melakukan ugutan jenayah dengan menunjukkan objek menyerupai senjata api.


Katanya, pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima aduan berhubung perkara itu pada 12.28 tengah hari tadi.

"Pengadu mendakwa berlaku sedikit kekecohan di jamuan hari raya di Dewan Komuniti Taman Indah, di sini yang mana ketika majlis berlangsung seorang ahli politik didakwa mengacukan objek menyerupai pistol kepadanya bagi meminta dia beredar dari lokasi.

"Pengadu yang tidak berpuas hati meminta bantuan polis untuk hadir ke lokasi, manakala video daripada saksi yang nampak kejadian sudah tular di media sosial.

"Semua saksi ini sedang dikesan untuk rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan setakat ini lapan saksi sedang diambil keterangan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu dan tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan.
 
Sponsored Post


Merge je dengan thread ni. Mode @Sniper
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register