BTC USD 42,994.1 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes 1MDB: Thomas, kerajaan mohon batal saman Najib

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,097
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,097
Reaction score
15,765
Points
2,066
Awards
1
Ccm, txt, jedi....usahlah ikut Najib makan super ring tu!
Tak sihat tu!

Nanti jadi Zombaa ooo

Tatuuuttt...
sekali sekala tn Hou-Ou :)

ok takpa, nanti saya tukar dengan kerepek ubi, atau pisang kot :D
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,981
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
46,981
Reaction score
2,748
Points
261
Awards
1
Ccm, txt, jedi....usahlah ikut Najib makan super ring tu!
Tak sihat tu!

Nanti jadi Zombaa ooo

Tatuuuttt...

Dalam setahun, sekali pun payah nak makan.

Melainkan ada orang belanja 🤭
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,097
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,097
Reaction score
15,765
Points
2,066
Awards
1
Bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkata ia 'digunakan dalam kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.'


Saman Najib berhubung 1MDB kerana “sebab politik”, kata bekas Peguam Negara​


November 26, 2021 12:37 PM

1mdb-ap-1022021.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkata saman Najib Razak terhadapnya dan kerajaan berhubung dakwaan bahawa dirinya telah melakukan misfeasans berhubung tuduhan 1MDB, telah difailkan atas “sebab politik”.

Dalam afidavit sokongan untuk membatalkan saman “pendakwaan berniat jahat” oleh Najib itu, Thomas berkata ia “digunakan dalam kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.”
Thomas menyatakan bahawa Najib tidak pernah membangkitkan pembelaannya terhadap dakwaan “pendakwaan berniat jahat” dalam kes SRC International dan kes 1MDB yang masih berjalan itu.



“Empat kes jenayah yang lain terhadap Najib masih belum selesai di Mahkamah Tinggi dan Najib kekal sebagai tertuduh,” katanya.
Bulan lalu, Najib memfailkan saman terhadap Thomas dan kerajaan kerana mendakwa tuduhan terhadapnya berhubung 1MDB adalah “telah lama dirancang”.

Beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM1.94 juta.

Najib mendakwa, Thomas yang menjadi Peguam Negara bermula 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020 telah melaksanakan tugasnya “mengikut apa yang dirancang” oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Thomas dilantik selepas PH memenangi PRU14 dan membentuk kerajaan yang menyaksikan Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Kerajaan – yang dinamakan sebagai defendan bersama – dan Thomas berusaha untuk membatalkan saman Najib atas alasan ia adalah perkara remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib turut mendakwa Thomas telah berprasangka terhadap kesnya sebelum membuat keputusan untuk mendakwanya selain bertindak campur tangan dalam siasatan.


 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,981
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
46,981
Reaction score
2,748
Points
261
Awards
1
Kalau tak jumpa JH Low, J. Lo pun jadilah 🤭 :ROFLMAO:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,097
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,097
Reaction score
15,765
Points
2,066
Awards
1
Bekas peguam negara berkata demikian dalam pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Najib. -BeritaMkini


1638440414493.png


Buku tak kaitkan Najib dengan jenayah bunuh Altantuya - Thomas

Diterbitkan: Dec 2, 2021 6:10 PM

Dikemaskini: 6:10 PM

https://www.malaysiakini.com/my/author/Hidir Reduan Abdul Rashid


https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/601554
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/601554
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/601554
Memoir yang ditulis bekas peguam negara, Tommy Thomas tidak mengaitkan bekas perdana menteri, Najib Razak dengan jenayah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah Najib, Thomas mendakwa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu sebenarnya menceritakan tentang peranannya dalam menerima keterangan baru yang dikaitkan dengan pembunuhan pada 2006 itu.

"Pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut, atas maksud dan maksud sebenarnya tidak mempautkan plaintif secara jenayahnya kepada pembunuhan Altantuya sebagai suatu fakta.

"Pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut menyatakan peranan defendan pertama sebagai pendakwa raya dalam menerima keterangan baru mengenai pembunuhan tersebut.


"Pernyataan tuntutan tersebut juga tidak mengenal pasti bahagian sebenar dalam pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut yang dikatakan mengandungi makna fitnah dengan rujukan kepada plaintif (yang dinafikan),” kata Thomas dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah Najib.

Pada 27 Okt lepas, Najib memfailkan saman fitnah terhadap Thomas dan syarikat yang menerbitkan memoir bekas peguam negara itu berjudul, 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Thomas mencadangkan dalam terkaitdengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan Altantuya.

Azilah dan Sirul adalah dua bekas komando Unit Tindakan Khas yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia dan negara itu enggan mengekstradisinya yang menghadapi hukuman mati di Malaysia.
Najib berhujah bahawa Thomas melalui buku itu menyindir dia bersalah atas konspirasi untuk membunuh Altantuya, selain mengelirukan rakyat berhubung episod itu dan oleh itu tidak layak memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan.

Dia juga mendakwa bahawa Thomas telah menulis dalam bukunya bahawa dia mempunyai agenda untuk membunuh Altantuya dan didakwa telah mempengaruhi Sirul semasa dia ditahan di Australia.

Menurut pernyataan pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini, Thomas berhujah bahawa Najib dihalang di bawah undang-undang daripada menyaman bekas Peguam Negara kerana memfitnah disebabkan dia pernah memegang jawatan perdana menteri.

Thomas berkata ini kerana kenyataan berunsur fitnah dalam buku itu merujuk kepada perbuatan Najib ketika dia masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya perdana menteri.

"Memandangkan bekas jawatan awam plaintif yang tinggi beliau dikecualikan atau dihalang di sisi undang-undang daripada menyaman atas dasar fitnah. Selanjutnya pernyataan-pernyataan yang dipertikaikan tersebut adalah berkaitan dengan tindakan-tindakan plaintif dalam kapasiti rasmi beliau ketika itu sebagai menteri pertahanan dan / atau timbalan perdana menteri Malaysia, dan melibatkan individu-individu yang bekerja rapat dengan beliau.

"Tuntutan plaintif turut merupakan pencabulan hak defendan pertama tentang kebebasan bercakap dan bersuara yang diperuntukkan dalam Perkara 10 (1) (a) perlembagaan Persekutuan,” hujah Thomas.

Bekas peguam negara itu berhujah bahawa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen berpatutan tentang perkara berkepentingan awam iaitu keadaan yang menyelubungi pembunuhan Altantuya.

Thomas berhujah bahawa kenyataan dalam buku itu dilindungi oleh keistimewaan kerana ia dibuat "untuk kepentingan awam, dengan suci hati, dan atas kepercayaan ia adalah benar serta tanpa niat jahat".

Dia juga mendakwa pernyataan yang dipertikaikan itu tidak merendahkan Najib di mata masyarakat yang berfikiran waras, kerana reputasi plaitif telah pun tercalar akibat laporan media dan perbicangan awam berhubung kes Altantuya.





https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/601554
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register