BTC USD 28,329.7 Gold USD 1,966.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerusi Panas! Adakah politikus berikut masih relevan untuk PRU kali ini? Siapa yang masih relevan? Boleh undi 4 calon

Politikus mana yang masih relevan

  • Tun Mahathir

  • DSAI

  • Anwar Musa

  • Shahidan kasim

  • Din Paguh

  • Khairi Jamaluddin

  • Azmin Ali

  • Zuraida

  • Saifuddin Abdullah

  • Syed Saddiq

  • Mukhriz

  • Datin Azizah

  • Zahid Hamidi

  • Rafizi Ramli

Results are only viewable after voting.

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,640
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,640
Reaction score
22,066
Points
2,866
Awards
1
Patut seraf tanding kt pasir putih. PRU-14 x de la teruk sgt dia kalah
kalau tengok pengalaman lepas, rasa ada baik kalau dia bertanding tempat luar kelantan kot
sebab setakat ni rasa dah 3 kali kan dia gagal bertanding kat kelantan, ke dua kali
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,640
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,640
Reaction score
22,066
Points
2,866
Awards
1
Bagi Parlimen Jempol, parti itu menamakan Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Negeri Sembilan, Norwani Ahmat di Jempol.
https://www.utusan.com.my/.../muhammad-faiz-dinamakan.../

Muhammad Faiz dinamakan sebagai calon PH di Tampin​

bbb340fd-1a62-47cd-a319-9f249c4d773f.jpg

FAIZ FADZIL

  • 18 Oktober 2022, 5:36 pm

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil disahkan sebagai nama yang dicalonkan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman memberitahu, Parlimen Tampin merupakan salah satu daripada tiga Parlimen yang akan ditandingi parti itu selain Jempol dan Jelebu.

Jelas beliau, bagi Parlimen Jempol, parti itu menamakan Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Negeri Sembilan, Norwani Ahmat di Jempol.

“Mesyuarat Amanah Nasional semalam sudah menamakan ketiga-tiga nama tersebut. Ia akan diumumkan secara rasmi kelak menjelang hari penamaan calon PRU15.

“Nama-nama ini dicalonkan beberapa peringkat, termasuk daripada sayap Pemuda Amanah dan Awan, ia dinilai oleh panel pemilih sebelum ia dinamakan semalam,” katanya hari ini.

Muhammad Faiz merupakan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Hari ini tular menerusi aplikasi WhatsApp kenyataan ucapan tahniah dari Pengerusi Amanah Kawasan Jempol, Rahman Ramli berhubung calon PRU15 dari Amanah di tiga buah Parlimen di Negeri Sembilan.

Sementara itu, MK Ibrahim berkata, dengan Muhammad Faiz dinamakan sebagai calon di Tampin, menyaksikan penyandang kerusi tersebut sebelum ini iaitu Datuk Dr. Hasan Baharom tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Hasan mencipta kejutan menewaskan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang ketika itu penyandang kerusi berkenaan untuk empat penggal dengan perbezaan 1,002 undi. – UTUSAN
 
haniff76

Fun Poster
Messages
571
Joined
Feb 8, 2016
Messages
571
Reaction score
101
Points
23

Dia orang kedah kan?
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,640
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,640
Reaction score
22,066
Points
2,866
Awards
1
1666246494720.png

'Dr Dzul pertahan Kuala Selangor, Khalid Samad pindah ke Titiwangsa'

Diterbitkan: Oct 20, 2022 9:00 AM

Dikemaskini: 9:32 AM

Amanah sah akan mempertaruhkan penyandangnya Dr Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor walaupun dia sebelum ini mahu memberi laluan kepada muka baru.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata kerusi itu menjadi sangat kritikal dan serius selepas Umno mahu meletakkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di situ.

“Kami yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja buat beliau selama ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Sebelum ini Dzulkefly yang juga bekas menteri kesihatan mengumumkan tidak menyertai pilihan raya umum kali ini dan menegaskan pendirian itu kekal walaupun BN menurunkan Tengku Zafrul.

Sementara itu, sumber yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, perkara itu hasil perbincangan mesyuarat jawatankuasa penilaian calon Amanah pada Isnin lalu.

5d5c63b51f55e8cd5f5e0d165c9b1e23.jpg
Tengku Zafrul Abdul Aziz

Selain itu Amanah juga dijangka membuat perubahan kecil dalam meletakkan calon-calon pada PRU ke-15 nanti khususnya membabitkan kepimpinan utama parti.

Antaranya Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad diputuskan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenanginya pada 2018.
Sebaliknya kata sumber itu, Khalid akan menjadi taruhan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Titiwangsa.

"Khalid bakal bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa, manakala parlimen Shah Alam belum diputuskan setakat ini dan berkemungkinan Ketua Amanah kawasan Shah Alam, Azli Yusof, akan dicalonkan," katanya.

e7a15e95e775c46e02976701c63d43a0.png

Sementara itu, ketika diminta pengesahan berhubung statusnya pada PRU15, Khalid berkata dia “bersedia menyerahkan kerusi Shah Alam kepada muka baru”.

Dia juga berterima kasih kepada pengundi Shah Alam yang telah mengundinya selama tiga penggal sejak PRU12 pada 2008.
“Saya minta maaf atas kelemahan dan kekurangan yang pasti ada.

“Berkhidmat sebagai ahli parlimen Shah Alam satu penghormatan buat saya.
“Saya bersedia menyerahkan kerusi kepada ‘muka baru’, pelapis yang telah pun disediakan parti sejak sekian lama sekiranya itu yang diinginkan parti,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Perubahan calon
Sementara itu sumber memberitahu, Amanah juga membuat keputusan untuk membuat perubahan calon di beberapa kerusi parlimen yang dimenangi mereka sebelum ini.

Katanya, langkah yang diambil antaranya Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus diputuskan tidak mempertahankan kerusi parlimen Hulu Langat.

3282eb50289cfed0b990f5cab54877ff.jpg
Hasanuddin Mohd Yunus

"Selain itu Amanah juga akan tampilkan calon baru di kerusi parlimen Tampin bagi menggantikan penyandangnya Hassan Bahrom yang tidak akan bertanding.

"Seorang lagi naib presiden Amanah tidak akan bertanding kali ini iatu Dr Siti Mariah Mahmud (Seri Serdang) dan Setiausaha Agung Amanah, Hatta Ramli (Lumut)," katanya.

Sebelum ini Siti Mariah dilaporkan berkata pemimpin parti yang berusia 60 tahun dan ke atas sedia berundur jika benar mereka tidak lagi diperlukan dalam parti.

Katanya keberadaan pemimpin yang veteran dalam Amanah adalah kerana pengalaman yang ada pada mereka.

Sementara itu sumber turut memberitahu Presiden Amanah Mohamad Sabu akan kekal bertanding di Kota Raja, manakala timbalannya Salahuddin Ayub mempertahankan Parlimen Pulai.
Selain itu katanya, dua lagi Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof dan Mahfuz Omar masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar dan Pokok Sena.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register