BTC USD 92,069.7 Gold USD 3,335.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kertas siasatan kes ugutan babit anak menteri Saifuddin Nasution sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya- KPN

zackpenang

Super Active Member
gem
Messages
5,235
Joined
Jan 9, 2010
Messages
5,235
Reaction score
1,793
Points
151

'Kertas siasatan kes ugutan babit anak menteri sudah dirujuk kepada TPR - KPN​

Oleh Safeek Affendy Razali
Januari 9, 2025 @ 3:16pm
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

email sharing button

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial sejak semalam.
Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan ini sekaligus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
Beliau berkata, polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Disyorkan

"Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu.
"Pada masa ini, pihak pendakwa raya mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut anak menteri terbabit," katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, siasatan awal yang dijalankan juga mendapati anak menteri terbabit dilaporkan sudah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung seperti yang tular pada September tahun lalu.
"Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan yang dibuat.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa PDRM tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ia membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.
"Siasatan adalah telus dan pihak polis akan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan," katanya.
Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.
Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.
Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
 
Sponsored Post

wah...Teringat Teluk Air Tawar ni...rasa terbayang kenangan makan kat kedai Kou teow Pak Mail..yg sedap...& paling best..air minuman..tak kira la neslo, neslo ais..fresh oren, apa apa la...semua dia kira RM 1 sja!
dia suruh bagitau berapa cawan ais kosong..sebab dia tak mau charge...semua minuman lain dia kira gelas je...RM 1....huhu

mana nak dapat

saya siap interview dia...untung ke? :D

dulu2 lepak minum berjam2 la...

tak pasti sekarang masih lagi harga tu ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register