BTC USD 66,517.5 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kerjaya penyamun gaji RM30,000

eapui

Active+ Member
Messages
4,827
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
KUALA LUMPUR: Seorang ‘kepala’ perompak hanya duduk menggoyang kaki dan mengarahkan anak buahnya melakukan rompakan sebelum mengaut semua hasilnya tanpa perlu mengambil risiko melakukan kerja jahat itu.

Dia yang juga perancang utama dalam kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Geng Tomei dianggap ‘sifu’ dan anak buahnya hanya mengikut telunjuknya sebelum melakukan rompakan.

Malah, dia juga membekalkan senjata api kepada anak buahnya sebelum melakukan rompakan dan sebaik selesai melakukan jenayah, senjata bersama hasil rompakan akan diserahkan kepadanya.

Sebagai habuan, setiap anak buahnya akan menerima RM20,000 hingga RM30,000 sebagai upah manakala selebihnya akan dibolotnya.


Sejak tertubuhnya geng itu, mereka dikatakan terbabit tiga kejadian samun di kedai emas, bermula awal tahun ini membabitkan kerugian hampir RM1.1 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata polis kini memburu lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ngai Chah Hong @ Ah Seow/Ah Soh/ Man, 29, kerana suspek seorang penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api.

Menurutnya, nombor kad pengenalan suspek ialah 790710-10-5241 dan dia juga mempunyai beberapa alamat dan terakhir ialah di No 17, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

“Sebelum ini dia tinggal di No 43, Jalan CJ 4/15-1E, Cheras Jaya, Batu 9 Cheras, A-17-5, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah dan No 6, Jalan Indah 1/4 Taman Universiti, Sri Kembangan, Selangor.

“Suspek dipercayai perancang utama dalam tiga kes samun di tiga kedai emas di tiga lokasi berlainan iaitu di Wangsa Maju, Alam Damai, Cheras dan Kota Kemuning, Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, sejurus kejadian itu, polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melancarkan satu operasi dinamakan Ops Api Tomei bagi memburu empat hingga lima lelaki dipercayai terbabit kes itu.

Katanya, pada 18 Ogos hingga 4 September lalu, pihaknya mengesan dan menahan empat lelaki berumur antara 26 hingga 39 tahun disyaki terbabit dalam kejadian samun kedai emas.

“Polis percaya dengan tertangkapnya semua suspek berjaya menyelesaikan kes samun yang menjadikan kedai emas di pasar raya sebagai sasaran.

“Semua suspek kini direman sehingga 30 September ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api 1971,” katanya.

Ku berkata, hasil siasatan juga mendapati seorang peniaga cakera padat video (VCD) yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Taman Sungai Besi pada 6 Ogos lalu dipercayai dilakukan suspek.

“Sebelum ini kami mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut, bagaimanapun hasil siasatan mendapati ia dilakukan suspek.

“Ini kerana suspek adalah individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kejadian itu berlaku,” katanya menambah mangsa juga adalah seorang daripada ahli kumpulan geng terbabit dan motif pembunuhan dipercayai membabitkan hasil rompakan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Siasatan Khas IPKKL, Deputi Superintendan Yahya Abdul Rahman di 019-4708946 atau Asisten Superintendan Ng Man Fatt di 012-2348802.
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register