BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama BN, PH Pada PRN Sabah Formula Terbaik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
13.09.2024 - Langkah BN untuk menjalin kerjasama dengan PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan formula terbaik, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup. Kurup berkata PBRS selaku parti komponen BN melihat kerjasama itu sebagai tepat untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

"Kesepakatan BN-PH telah diterjemah melalui hubungan baik antara pimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh BN-PH di peringkat persekutuan dengan kerjasama parti-parti politik lain seperti yang berlaku dalam PRK Nenggiri dan PRK Mahkota," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Arthur berkata Malaysia sedang menikmati momentum pembangunan yang positif dan menjadi keutamaan untuk mengekalkan perpaduan serta kestabilan sedia ada melalui gabungan kerjasama politik kukuh yang terbukti terbaik bagi Sabah dan Malaysia. Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu memutuskan untuk bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah itu. Pengerusi BN itu berkata Umno pusat dan negeri juga bersetuju BN Sabah mengikuti formula kerjasama yang diamalkan di peringkat persekutuan dan ia perlu diperluas ke Negeri di Bawah Bayu. Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir pula yakin gabungan BN-PH akan berlaku pada PRN ke-17 namun berkata masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

“Saya juga yakin kepimpinan BN Sabah dan PH Sabah akan duduk bersama bagi membincangkan mekanisme serta acuan terbaik bagi mendepani PRN Sabah nanti,” katanya.

Dia berkata kerjasama BN dan PH diyakini mampu membawa keputusan positif pada PRN Sabah kali ini seterusnya mewujudkan kestabilan politik.
1726193430584.png
 
Sponsored Post

Warisan Akan Pertahan Semua Kawasan

02.10.2024 - Warisan akan mempertahankan semua kawasan yang dimenanginya pada PRN lalu, tegas Presiden Shafie Apdal. Warisan, yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya 2020, bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan bertanding di semua 73 kawasan pada PRN akan datang. Katanya, keputusan itu perlu melihat pada aspek kedudukan, kekuatan, dan kebolehan yang dimiliki Warisan. Di antara pertimbangan yang kita sedang lakukan ialah penilaian di peringkat akar umbi, katanya pada sidang akhbar, menurut Utusan Borneo.

Sementara itu, Bernama melaporkan Warisan akan menyokong sekiranya cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah dibawa ke Parlimen. Menurut Shafie, keluasan dan jumlah pengundi di sesebuah kawasan di Sabah antara asas penting untuk penambahan bilangan kerusi Parlimen baharu di negeri itu. Penambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah adalah perlu untuk memastikan keberkesanan dalam aspek pengurusan pentadbiran rakyat, katanya.

Semalam, Ketua Menteri Hajiji Noor berkata Sabah mencadangkan pertambahan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35% atau 1/3 daripada keseluruhan kerusi Parlimen selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perkara itu turut disuarakan Premier Sarawak Abang Johari Openg baru-baru ini. Sabah menduduki 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak 31 kerusi, daripada keseluruhan 222 kerusi. Pada 29 Sept lepas, Abang Johari menyeru dikembalikan 1/3 kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah bagi menjamin ‘perlindungan’ ke atas MA63. Beliau dilapor Berita Harisan sebagai berkata, antara kebimbangan Sarawak dan Sabah ialah Parlimen mungkin akan meminda Perlembagaan untuk memansuhkan MA63.​

1727886307595.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register