BTC USD 63,009.3 Gold USD 1,801.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerisauan : Isu Sentuh Al Quraan

lautbiru

Active Member
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
332
Points
41
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdullillah
Assollatu wassallam ala Rasullillah


PENTING : saya menulis ini bukan atas sebab isu politik yg sedang dibangkitkan...tetapi semata mata atas kerisauan atas "Hukum"...




Tersebut dalam kitab
Minhajutthalibin , Imam Nawawi menyebut :
"DAN DENGAN SEBAB BERHADATH HARAMLAH SOLAT, BERTAWAF, MEMBAWA MUSHHAF DAN MENYENTUH LEMBARANNYA"


Sepakat ulama kita mengatakan bahawa Hukum bagi org yg berhadath memegang atau menyentuh Al Quraan adalah : HARAM.



Saya melihat dengan penuh kerisauan YouTube yg dibawakan oleh sahabat kita...hujah Al Fadhil Ustaz hussein Yee tentang mnyentuh Al Quraan ..Yg mana Al Fadhil Ustaz telah "Menafsirkan " ayat 79 Suratul Waqi'ah.


Saya berasa sangat sangat susah hati...memandangkan majoriti yg saya lihat ...maaf...di Forum CG ni adalah org org awam seumpama saya...atau baik sikit daripada saya..
(saya tau ada juga Ustaz...cumanya munkin belum berkesempatan menjawab)
Makanya....kerisauan saya...'Tafsiran" Al Fadhil Ustaz yg nampaknya mendapat sokongan drp pengunjung CG... Nantinya akan menyebabkan salah faham kita trhadap hukum sebenar "Menyentuh Mushaf"!


Menyedari diri saya sebagai "BUKAN ORG YG ALIM"!...saya sekadar membawakan apa yg telah di Tafsirkan oleh Ulama yg muktabar...dan dihuraikan juga oleh ulama yg muktabar....


1. Mengertikan "Al Muthahharun" dalam ayat diatas sebagai "Malaikat yg suci" (sebagaimana tafsiran Ustaz Hussein Yee dlm Youtube) adalah tidak tepat.

Ianya adalah salah menurut tatabahasa arab...sebab...kesemua Malaikat adalah Suci...makanya..menafsirkan ayat ini sebagai "malaikat" memberi pergertian adanya malaikat yg suci dan yg tidak suci.

(Tidak betul sebagai "istisna ussyaii min nadsihi" )


2. Ustaz Hussein Yee juga menafsirkan "HU" dlamir manshub ..dari lafaz "La yamasuhu" kepada 'lauhil Mahfudz"...juga....agak ganjil .kerana...lanjutan dari Ayat Allah itu berbunyi..
"TANZILUN MIRROBBIL ALAMIN"
(yg diturunkan dari Tuhan sekalian Alam)
Takkan "Lauhil Mahfudz" pulak yg diturunkan (merujuk "HU")...pastilah yg diturunkan itu adalah "Al Mushhaf" )




TERUS TERANG.....saya mengakui kejahilan saya

Apa yg saya bawakan adalah 100% APA YG SAYA RUJUK DARI ULAMA TERDAHULU KHUSUSNYA TAFSIR JALALAIN . (BUKAN KATA KATA SAYA...)

Semata mata apa yg saya bawakan adalah kerana kerisauan akan timbulnya fahaman bahawa tidak perlu berwuduk utk meyentuk mushaf misalnya....

Atau apa saja lagi yg merendahkan kesucian Al Quraan...

Kerisau saya kerana nantinya Al Quraan akan dianggap sama seperti buku buku ilmiah lainnya atau lebih malang lagi sekadar cebisan kertas yg boleh dibuat pengesat kotoran atau pelapik duduk sja.

(Bukankah kita semua tahu Al Quraan akan diangkat menjelang kiamat!...janganlah ini sebagai hal tersebut..)

Diharap apa yg saya cuba jelaskan ini tidak disalah ertikan...

Terima kasih..
 
Sponsored Post

lautbiru

Active Member
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
332
Points
41
Alhamdullillah

Bagi menjawab Isu politik pula...saya yakin copy paste ini mempunyai jawabannya..:D






Menurut Guru Kami yang Mulia ,Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:

Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.Maka jika kita berpendapat sedemikian,tiadalah masalah dan halangan untuk mereka membaca al-Quran dan memegangnya dengan walaupun tanpa wudhuk.Ini kerana wudhuk hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum.Berdasarkan pendapat yang kedua, ini maka golongan non muslim juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah subhanahu wa taala.Jadi,ulama di dalam kelompok yang kedua ini berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran dan memegangnya jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama.Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam.Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.Ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab sirah.Tidak perlu kita sebutkan disini kerana perbahasan akan menjadi lebih panjang.

Wallahu a’lam.

Rujukan :

1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.
sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/
April 11, 2009 12:54 PM
 

Lan Prepaid

Fun Poster
Joined
Apr 30, 2008
Messages
588
Reaction score
13
Points
15
Setau aku golongan salafi (yg org kata wahabi) yg tak perlu wudu' utk sentuh Al-Quran.

Mazhab Shafie perlu wudu'.
Macam mana 3 mazhab yang lain?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register