BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keris berdiri kerana latihan, bukan sihir

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,603
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,603
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
kerisberdiri_1553263583.jpg

YUSMY menunjukkan kemahirannya membuatkan keris berdiri. (Gambar kanan) Yusmi berjaya mengimbangi badik di atas mata keris. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.

KEBOLEHANNYA membuatkan keris berdiri tanpa sebarang bantuan di permukaan rata dianggap luar biasa sehingga menimbulkan kecaman di media sosial apabila dikatakan menggunakan ilmu hitam dan bantuan makhluk halus seperti jin.

Bagaimanapun, Yusmy Khasnol, 36, dari Kampung Kratong 9, Muadzam Shah, Pahang menyangkal dakwaan itu kerana kebolehannya itu hasil latihan berterusan tanpa mengenal erti putus asa.

Yusmy atau lebih dikenali sebagai Along Keris berkata, dia meminati pelbagai jenis senjata lama termasuk keris sejak 2013 dan mempelajari teknik mendirikan keris itu sendiri tanpa bantuan guru atau orang berpengalaman.

“Pada mulanya, saya belajar mendirikan keris dengan bantuan sarung untuk melihat dan menilai kesempurnaan keris itu.

“Berdasarkan petua dan ilmu orang dahulu, keris yang sempurna pembuatannya mampu didirikan menggunakan bantuan sarungnya sebagai penyendal.

“Apabila terlalu kerap mendirikan keris, ia menjadi satu hobi sehingga saya mampu mendirikan keris tanpa sebarang bantuan termasuk pernah mendirikan 20 keris pada satu-satu masa,” katanya.

Menurutnya, anak sulungnya, Muhamad Danish Shahrizal, 13, turut mempunyai kebolehan sama sepertinya.

“Pada masa lapang, kami sekeluarga akan saling bersaing mendirikan keris, jadi tidak pelik sekiranya Muhamad Danish mampu berbuat demikian ketika dia berusia sembilan tahun.

“Biarpun aktiviti mendirikan keris ini pelik dan mungkin bukan sesuatu perlu dibanggakan, ia tetap ilmu dan kebolehan orang terdahulu yang perlu dikekalkan dan dipelihara.

“Mungkin segelintir orang berpendapat ia mempunyai unsur sihir atau bantuan jin dan sebagainya, tetapi hakikatnya ia hanya memerlukan latihan,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Keris Warisan Melayu Malaysia (PKWM).

Menurutnya, di sebalik dakwaan tidak berasas kononnya kegiatan itu berunsur tahyul dan sebagainya, ramai peminat senjata tradisional menghubunginya untuk mempelajari kemahiran berkenaan.

Katanya, ramai menghubunginya melalui media sosial dan menyatakan hasrat untuk mempelajari teknik serta kemahiran mendirikan keris itu, namun tidak semua diterima kerana faktor tertentu.

“Saya pernah melatih seorang pengumpul keris mendirikan keris dan dia hanya memerlukan masa selama 30 minit untuk menguasai kemahiran ini dengan syarat perlu mempunyai keinginan kuat.

“Selain itu, ada pelajar berputus asa apabila gagal mendirikan keris beberapa kali,” katanya.

Bagi Muhamad Danish pula, bapanya mempunyai banyak koleksi keris termasuk dibeli dari Indonesia, namun sebahagian daripada koleksi itu sudah dijual kepada pengumpul keris di negara ini.

“Ketika ini, bapa mempunyai 10 bilah keris dengan keris paling mahal berharga RM2,900 dan sehingga kini, bapa memperoleh hampir RM80,000 hasil penjualan keris.

“Biarpun saya mempunyai kemahiran mendirikan keris, saya masih belum mampu mendirikan keris tanpa bantuan sarung seperti ayah.

“Jika dilihat dengan mata kasar, ia nampak macam senang, tetapi untuk mendirikan keris sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan ia memerlukan fokus tinggi,” katanya.

Menurutnya, dia kagum dengan kebolehan bapanya mendirikan keris di atas sarung keris dan pinggan berikutan dua permukaan itu sangat licin dan sukar untuk menegakkan mata keris halus di permukaan berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/436693/keris-berdiri-kerana-latihan-bukan-sihir

Yusmy Ahlong

Kepada sesiapa yg wspp sya atau pm utk belajar dirikan keris ade yg mengatakan sya gunakan ilmu.. Ade yg mengatakan sya guna khadam atau makhluk halus sebagainya.. Sini sya nak tekan kepada sahabat2 yg lain2.... Sebenarnye sya dirikan setiap keris bukan kerana sya guna ilmu... Bukan keris tu berkhadam....ade yg mtk sya bawa utk tarik duit atau proses duit.... Sya xmain benda2 yg mistik ni.... Bukan keris tu sya gunakan khadam sya utk bantu.....sya pon xtau mcm mne nak mulakan belajar... Senang je jika anda niat baik dan juga yakin serta fokus dlm setiap ape yg anda hajatkan insyallah jika di izinkan ALLAH ape yg anda hajatkan akan termakbul.... Satu gunakan la gerak hati anda utk lakukan sesuatu benda.... Jgn kite nak ke kiri pon xtau nak ke kanan pon xtau apatah lagi kite nak terus betul tak ape yg sya katakan.....sya tiada ilmu utk mengajar dan tiada ilmu utk di gunakan pada keris atau senjata2 yg lain.... Sya dirikan senjata2 warisan ni bila sya tengah bosan dan xde buat ape2 tu la sya main keris utk hilangkan bosan.....bukan nak menunjuk atau pon nak riak tu la keje sya bila bermain dgn keris ni...... Kebosanan yg melanda tahap gaban jgn marah ekkkk gurau2.. Sya tunjukkan gbr2 di bawah sebahagian yg sya dirikan selama ni....

D2RQy0ZUgAAHosI.jpg

D2RQz06UgAED_Wy.jpg

D2RQ0qpVAAkJbma.jpg

D2RQ1qfUkAAeDZJ.jpg

D2RQ41SU8Ag83z5.jpg

D2RQ6W7UwAArG6B.jpg

D2RQ7X9UcAEI7oH.jpg

D2RQ8hAVAAAv4H4.jpg

D2RQ_GXU4AIBltj.jpg

D2RRAlJVYAAuQMn.jpg

D2RRCSuUgAAGZq1.jpg

D2RRD1JVAAE62CG.jpg

D2RRHe2UcAAbBjD.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register