BTC USD 39,960.2 Gold USD 1,828.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,860
Reaction score
938
Points
171
  • Menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam yang ada pada waktu itu. (yang ni rasanya tak boleh skrg sebab pendamik)
 
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,860
Reaction score
938
Points
171
DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", jawab Rasullullah:

"Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu"..

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hosein http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html, beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.
Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud. Begitu juga ketika peralihan FASA 2 yang menjadikan Uncle SAM (US) sebagai pemerintah dunia. Perang dunia 2 berlaku melibatkan NAZI Jerman , Jepun dan tentera-tentera berikat (US-UK). Akibatnya jutaan manusia terkorban dan kemenangan keatas tentera berikat yang dipimpin US. Seterusnya US mengenakan cengkamannya ke atas dunia melalui penubuhan UNITED NATION yang mengesahkan penubuhan negara haram Israel di Palestin.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini? -Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)


Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa...
(Yunus 10:5)


Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Yakjuj & Makjuj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci) 353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD) = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) ;

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini. = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III *(saudaraku, kita berada diakhir peringkat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD) = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa *peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa':95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Wallahu'alam.

 

sayid34

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
193
Reaction score
21
Points
25
Khalifah Allah di muka bumi ini mewakili Allah ke atas semua makhluq kejadian Allah di Alam ini. Tentera IM terdiri dari makhlukh Allah alam rendah dan alam tinggi juga. Dari alam tinggi ialah para malaikat yang bersama dengan Nabi SAW semasa perang Badar. Semua malaikat ini pangkat commanders Chiefnya Jibril akan sentiasa beserta tentera IM sebab itu tentera ini tak terkalah bukan sebab tentera ini memiliki Tsabut Sakinah seperti kepercayaan Yahudi. Tsabut itu cuma lambang saja(Lambang khalifah Allah).
Apabila Nabi Muhammad ص diutuskan maka lambang khalifah itu berpindah kepada dua kalimah shahadah. Maka yang ada power Sabut Sakinah ada pada yang miliki kalimah syahadah yang asli. Jika ada 1000 orang maka ada 1000 orang yang ada power tu. Itu antara rahsia umat Muhammad menjadi invincible army
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,533
Reaction score
2,581
Points
201
Dajjal bawak roti gardenia musim pkp ni

kene check jg tasik tu da kering ke belum
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,860
Reaction score
938
Points
171

Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) 2019-2020​

Apakah Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) 2019-2020?

Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) adalah satu pelan tindakan yang mengariskan program pelaksanaan ICT Sektor Awam sejajar dengan laporan United Nation Survey. Pelan ini adalah rantaian daripada pelan tindakan Transformasi Kerajaan Digital yang dibangunkan pada tahun 2017 bagi meningkatkan ranking Malaysia dalam United Nation E-Government Index (UN-EGDI).

Kaitan dengan Dasar/Akta/Polisi/Blueprint/Undang-undang di peringkat Nasional yang berkaitan

Di peringkat Antarabangsa, United Nations Agenda 2030 for Sustainable Development Goals (SDG) telah menyatakan berhubung 17 goals 169 targets 230 indicators dan tema No one left behind telah dipilih sebagai tema bagi SDG 2030. Penjajaran SDG kepada Teras Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas juga telah dilaksanakan.

Sasaran pencapaian kedudukan Malaysia yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe11) bagi Online Service Index (OSI) adalah ditangga ke-15 pada tahun 2020. Pencapaian OSI Malaysia pada tahun 2018 telah berada pada kedudukan yang ke-27 iaitu lebih tinggi daripada apa yang disasarkan semasa tahun 2017.
Bidang fokus OSI bagi tahun 2019 adalah mengambil kira penjajaran daripada SDG kepada RMKe-11 kepada bidang fokus. Sebanyak 62 aktiviti telah dirangka dalam pelan tindakan ini mengikut jangka masa pendek, sederhana, panjang dan berterusan. Bidang tema penilaian baharu yang berasaskan analisis ke atas Laporan UNEG Survey 2018 iaitu:

(i) Whole Of Government;
(ii) Open Government Data;
(iii) Online Services Delivery;
(iv) Cyber Security and Disater Response &Recovery;
dan
(v) Fast Evolving Technologies

96c63702-764e-49da-8811-f46850753b50.png

Apakah Impak Yang diperolehi Melalui Pelan Ini?

Pelan Tindakan ini dapat membantu mengenal pasti inisiatif ICT yang perlu dilaksanakan oleh agensi Sektor Awam untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berdasarkan kepada sektor dan golongan rentan serta mengambil kira revolusi industri 4.0.

Rantaian Kehadapan

Malaysia akan menuju ke arah Kerajaan Digital yang menggabungkan bisnes dan teknologi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat dengan menghapuskan elemen birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan dan meningkatkan akauntabiliti. Sehubungan dengan itu, kerjasama antara kementerian dan agensi adalah perlu untuk merealisasikan impian sebagai Kerajaan Digital dan peningkatan dalam kedudukan indeks penarafan global seperti yang telah disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11).

***utk bacaan petang..kerajaan digital

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,533
Reaction score
2,581
Points
201
Itu laaa
Dajal bersepah2 tak mau tangkap
Imam mahdi jugak yg dicekupnnya
 

Iblis

Active Member
Joined
Jun 9, 2021
Messages
1,161
Reaction score
128
Points
33
yang Tok Guru volunteer serah tengkok dulu... belum lagi buka gelanggang...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register