BTC USD 60,911.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta Tesla Di Haramkan Di China, Sebab Keselamatan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Tesla bukan syarikat yang pertama mengeluarkan kereta elektrik tetapi ia yang paling berjaya berkat promosi yang baik dan imej Elon Musk sebagai Thomas Alva Edison abad baharu. Antara ciri yang menjadi sebab kenderaan mereka menjadi pilihan ialah sistem Autopilot yang membolehkan kenderaan mempunyai kemampuan swapandu tahap 2. Tetapi akhir-akhir ini berlaku beberapa insiden kemalangan berprofil tinggi melibatkan Tesla ketika dalam mod swapandu.

Menurut laporan Electrek semalam, kereta buatan Tesla telah dihalang daripada dipandu di lebuhraya di Guangzhou. Polis melakukan pemeriksaan di tol masuk dan menghalang kereta Tesla dari menggunakan lebuhraya atas sebab keselamatan. Ia adalah langkah mengejut dilakukan pihak berkuasa selepas sebuah Tesla merempuh pembahagi jalan di Guangzhou pada 13 April lalu sebelum terbakar dan menyebabkan satu kematian.

Tesla telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden ini dan berkongsi data 30 minit sebelum kemalangan berlaku dengan pihak berwajib untuk membuktikan kenderaan mereka selamat digunakan oleh pemilik. Hanya dua tahun lalu berlaku beberapa insiden Tesla Model S terbakar ketika dicas di Hong Kong.

Insiden yang berlaku memberikan impak negatif kepada Tesla kerana China ialah pasaran kedua terbesar mereka selepas Amerika Syarikat. Elon Musk sendiri dipetik berkata China kelak akan menjadi pasaran utama mereka sehingga membuka kilang kenderaan di Shanghai.

Tesla-Model-3-3-950x534.jpg.webp

Sumber asal https://electrek.co/2021/04/23/tesla-owners-stopped-going-on-highway-by-police-chinese-megacity/
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Joined
May 6, 2019
Messages
1,421
Reaction score
784
Points
81
aku rasa lebih mcm nak kekal dominate pasaran tempatan

atau mungkin dia tak nak jadi spying devices utk strategic assests dia nanti

walau pun dia juga buat benda yg sama.. hehe
 

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,864
Points
141
Dekat china bnyk kampeni eletrik car.

Dulu x jalan sngt.. pasal businessmen lebih pada nak dapatkan bantuan kerajaan je. Duit geran amik tapi projek tak jalan.

Lepas tu china masukkan tesla, terus kampeni lain cuak..

Sekarang bila teknologi dah dapat, kampeni local semakin berdaya saing.. tesla entiti asing bakal kene tendang.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,935
Reaction score
2,928
Points
206
bukan dekat semua wilayah kan?
haritu ada nampak tesla dipandu dalam negara china.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,943
Reaction score
6,523
Points
321
Testla bleh jual data nnt.
Bahaya kpd china.

Create insiden terbakar.
Haramkan tesla.

Guna lah kereta tempatan yg dipantau big brother.

In big brother we trust !!
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Tesla Akan Bangunkan Platform Untuk Pemilik Di China Untuk Akses Data Kereta

Tesla Dilaporkan Akan Membangunkan Platform Untuk Membolehkan Pemilik Kenderaan Di China Untuk Mengakses Data Kereta;

Tesla ialah sebuah jenama yang dikenali di seantero dunia untuk kenderaan-kenderaan elektrik mereka. Walaupun mereka berasal dari Amerika Syarikat, mereka juga telah membuka kilang di China untuk mengembangkan jualan kenderaan mereka di negara tersebut dan juga negara-negara Asia terpilih.

Bercakap mengenai pasaran China, Tesla mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah platform perisian baru dimana pengguna kenderaan elektrik di negara tersebut boleh mengakses data mengenai kenderaan-kenderaan Tesla mereka dengan cepat dan mudah.

Tesla tidak mengesahkan data apakah yang akan boleh diakses oleh pengguna, tetapi ia dijangka bahawa pemilik kenderaan Tesla akan dapat melihat data seperti jumlah perjalanan, penggunaan pelbagai mod dalam kenderaan Tesla, dan juga komponen-komponen yang perlu ditukar ataupun diperbaiki oleh Tesla.

Ini nampaknya berlaku selepas sebuah insiden di acara automotif di China dimana seorang pemilik kenderaan Tesla menunjuk perasaan kerana Tesla berlaku senyap mengenai isu brek kenderaannya. Akibat ini, Tesla telah memberi data mengenai masalah brek kenderaan tersebut kepada wanita itu selepas diarahkan oleh pihak berkuasa China.

Maklumat mengenai kenderaan-kenderaan Tesla di China ini juga dilaporkan akan disimpan di dalam China untuk mengurangkan kebarangkalian data ini digodam dan dicuri oleh pihak ketiga di luar negara tersebut.

Sumber asal https://www.reuters.com/technology/tesla-developing-data-platform-car-owners-china-2021-05-06/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Tesla Akan Bekerjasama Dengan Pakar Sekuriti Untuk Memastikan Keselamatan Data Pengguna

Kenderaan elektrik Tesla dimuatkan dengan pelbagai jenis cip pemprosesan dan pengesan elektronik yang ia secara ringkasnya boleh dipanggil sebuah komputer bergerak. Isu tentang bagaimana kenderaan-kenderaan mereka boleh digodam secara jarak jauh bukanlah sesuatu yang baru, dan terdapat beberapa pihak yang melafazkan kerisauan mereka mengenai perkara ini.

Di sebuah acara automotif di China baru-baru ini, Elon Musk, pengerusi dan CEO Tesla mengatakan bahawa syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan sejumlah pakar sekuriti untuk memastikan bahawa kenderaan-kenderaan Tesla selamat dipandu tidak kira secara manual ataupun swapandu.

Beliau sedar akan isu yang sedang diperkatakan oleh pelbagai pihak, dan telah meyakinkan pelbagai pihak bahawa syarikat tersebut sentiasa akan memperbaiki mutu keselamatan digital kenderaan-kenderaan mereka tidak kira dimana mreka berada.

Tesla, yang mana mereka telah membuka perniagaan di China pada tahun ini, telah juga membuka pusat data tempatan dimana semua maklumat pelanggan mereka di negara tersebut, termasuklah data pemanduan mereka. Ini berlaku selepas kerajaan China tidak membenarkan kereta-kereta ini daripada memarkir kenderaan mereka didalam premis kerajaan kerana risau isu pengintipan daripada plebagai kamera yang terpasang pada kereta-kereta tersebut.

Sumber asal https://www.reuters.com/technology/...ulators-ensure-data-security-musk-2021-09-17/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register