BTC USD 57,392.4 Gold USD 1,778.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta terbakar, Adun Tioman sekeluarga cedera ringan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16, Jalan Pekan-Rompin, dekat Pekan, semalam.

Isterinya, Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail,9, Amirah Balqis,7, Mohd Mikail,6, dan Mohd Atid sembilan bulan serta anak saudaranya, Mohd Harun Hamili, lapan tahun turut cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar daripada kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya.

Katanya mereka diselamatkan oleh saudara mara yang turut berkonvoi dan di hantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
 
Sponsored Post

GrandTurismo

Active Member
Messages
1,597
Joined
Sep 15, 2009
Messages
1,597
Reaction score
2
Points
25
"Mohd Johari yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


salah satu punca kemalangan yg selalu terjadi
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Messages
109,190
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,043
Points
1,101
camne leh terlelap tu..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register