BTC USD 40,048.7 Gold USD 1,864.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta Tanpa Pemandu Ditemui Terbalik Dalam Gaung Di Genting Sempah

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Kereta Tanpa Pemandu Ditemui Terbalik Dalam Gaung Di Genting Sempah

KUALA LUMPUR,18 Nov (Bernama)-- Sebuah kereta jenis Kia Spectra tanpa pemandu ditemui terbalik dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini.

Kenderaan itu ditemui pada 3 petang tadi oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan tersebut serta membawa sebuah kereta lain, yang terlibat dalam kemalangan.

Wong Kam Way, 31, bertindak turun untuk melihat kereta tersebut yang terbalik di dalam lumpur sebelum menghubungi pihak polis.

"Ketika itu saya sedang mahu menunda sebuah kereta Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di sini, sebelum terpandang sebuah kereta terbalik dalam gaung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Nik Syahrul Kamal Johari berkata pihaknya mendapat panggilan kira-kira 4 petang, dan sehingga kini masih mengesan pemandu kereta berkenaan.

"Kita akan cuba mengangkat kereta tersebut menggunakan kren malam ini. Difahamkan suis kunci kereta dalam keadaan 'mati' dan kereta tersebut dipercayai terbabas dua hari lepas dan jatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18," katanya.

Beliau berkata usaha mencari pemandu kenderaan itu masih dijalankan dan melibatkan kira-kira 60 anggota JPAM, Bomba dan Penyelamat Selayang serta polis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata operasi mencari mangsa sedang dijalankan, termasuk menggunakan anjing pengesan K9.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
Pelik...masok lumpor siap..maybe owner dah balik umah jalan kaki..hehehe...ke kete curi? Org buang sana? Misteri2...
 

aztina

Active Member
Joined
Mar 8, 2010
Messages
1,930
Reaction score
1
Points
25
huh biar tul..
xkan xde kesan terbabas ke ape erk sampai org x perasan..
terjunam trus nih gak nye..
 

PiChA

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
2,621
Reaction score
3
Points
25
Pelik...masok lumpor siap..maybe owner dah balik umah jalan kaki..hehehe...ke kete curi? Org buang sana? Misteri2...

jgn selubung hidup anda dengan.... MISTERIII........
 

TITANIUM

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
6,365
Reaction score
13
Points
65
Pelik...masok lumpor siap..maybe owner dah balik umah jalan kaki..hehehe...ke kete curi? Org buang sana? Misteri2...

klu ek9.....yg terjun dlm gaung tu...mcm mana abam nuar..?
 

syuhada

Banned
Joined
Oct 15, 2010
Messages
84
Reaction score
2
Points
11
:-?tah2 orgnyer da dlm lumpur tu kot...hm.....
:-?byk andaian yang kite blh buat ni....
ada binatang buas x area situ???seramnyer..
2 hari xkan xde org wat report pasal kereta dia terbalik kan...
means,something happen la kot...
or..dia msaih dlm kereta..kereta tu kn blm tarik keluar..:-?
 

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,404
Reaction score
339
Points
136
Difahamkan suis kunci kereta dalam keadaan 'mati'

kete curi nie,x pn kete lari finance....klu eksiden,x kn suis 'off' plak.....
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
betul betul misteri ni.
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
makin misteri negara kita ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register