BTC USD 64,875.1 Gold USD 1,787.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kereta saya tiba-tiba dihempap satu objek

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Tuntut RM50,000

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasir Gudang terlibat dalam kemalangan gara-gara tiang lampu jalan tumbang lalu menghempap bumbung kereta yang dipandunya.
8371332.jpg

Akibatnya, Mohd Sufian Md Salleh yang memandu kereta Perodua MyVi, pengsan selepas hentakan kuat tiang itu menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan raya.

“Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6.30 pagi, kereta saya tiba-tiba dihempap satu objek. Saya hanya menyedari kejadian berkenaan selepas 15 minit, ketika dipindahkan orang awam ke tepi jalan,” katanya yang ditemui di perkarangan Hospital Sultanah Aminah, semalam.

Bukan sahaja bumbung keretanya sahaja yang rosak, malah bahagian depannya juga remuk akibat melanggar pembahagi jalan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan teruk me- mandangkan saya memandu perlahan ke tempat kerja,” katanya.

Ibu mangsa, Norizah Abd Hamid berkata, dia sama sekali tidak menyangka anaknya terlibat dalam ke- malangan kerana anaknya sudah biasa melalui jalan berkenaan untuk ber- ulang ke tempat kerja.

Berhubung tindakan lanjut yang akan diambil, Norizah berkata, pihaknya akan menuntut ganti rugi kecuaian, kerosakan dan perubatan se- banyak RM50,000 daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tindakan ini diambil bagi mengelakkan daripada lebih ramai orang awam terdedah dengan bahaya yang disebabkan kegagalan dan kecuaian melakukan pemantauan,” katanya.
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
bahaya gak tiang tumbang tiba2
 

adoila

Active Member
Joined
Feb 15, 2010
Messages
2,245
Reaction score
42
Points
30
durian runtuh ni...eh...tiang lampu runtuh nih...
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
bahaya gak tiang tumbang tiba2
ini kemalangas kedua yg aku tau melibatkan tiang di jln raya.
kalau tak salah hari tu ada eksiden kat highway sebelah utara. lori langgar tiang papan tanda. pas tu tiang tu tumbang timpa lori lain. yg melanggar takde apa, yg kena timpa tiang plak yg mati.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
biaslah tu tiang dah kemik kena langgar..tak diganti...lama2 tumbang gak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register